LEBUHRAYA KE NERAKA [Review]


Lebuhraya Ke Neraka

Filem seram arahan Mamat Khalid ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda yang sukakan motor berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 4 Mei 2017
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 23 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D


Ulasan H.Starz Crew:

Awalnya team kaki wayang H.Starz tak plan nak tengok cerita ni. Punyalah bangang, kami boleh gigih tengok Ghost-Danur: I Can See Them dulu, berbanding cerita ni. Nampak sangat kita orang macam lebih support cerita luar dari cerita kita sendiri. Ampun!! Kami kata begitu bukanlah sebab cerita ni lagi hebat dari Ghost-Danur: I Can See Them tu. Lebih kurang sama aje mood kami masa tengok citer ni dengan Ghost-Danur: I Can See Them. Macam tak ada beza.

Yang membezakan filem ni dengan Ghost-Danur: I Can See Them, seramnya berbeza. Ghost-Danur: I Can See Them seram lebih kepada hantu. Filem ini seramnya lebih kepada rasa takut di mana tempat kita selepas kita mati kelak. Neraka jahanam atau Syurga Firdausi. Itulah yang membezakan filem ini dengan Ghost-Danur: I Can See Them.

Rasanya, ini filem pertama arahan Mamat Khalid yang banyak guna kesan khas kut? CGI dia nampak real walaupun ada yang masih perlu dibaiki. Boleh dipuji. Mungkin disebabkan kesan khas yang digunakan di dalam filem ini yang agak banyak tapi taklah complicated sangat menyebabkan filem ini diperam selama hampir enam tahun. Shahz Jazle masih hadsome, sado dan menjadi dambaan wanita dan lelaki dia kat dalam filem ini. Sekarang? Korang Googlelah sendiri ya?

Mesej dan pengajaran yang ada di filem ini teramat-amatlah boleh dipuji. Elemen keagaamaan memang kuat. Tak mengantuk, cuma jalan cerita agak bosan. Tapi bab pengajaran memang harus dipuji. Memang berbeza dengan filem-filem Mamat Khalid yang lain sebelum ini.

Yang minat filem seram, anda silap kalau anda menganggap filem ini filem seram sebab hantu. Syaiton dalam filem ni pun kelakar. Hahahaha... nak tahu, kenalah tengok dulu ya? Elemen komedi filem Mamat Khalid tetap ada. Khir Rahman yang memegang watak Tyson banyak me'Mamat Khalid'kan filem ini. Babak dia buat kita tahu ini filem Mamat Khalid kalau kita tak gigih baca segala title credit yang keluar sebijik-sebijik kat opening cerita.

Jalan cerita memang atas lebuhraya sahajalah. Kena dengan tajuk. Tapinya macam bukan kat lebuhraya pun. hahaha... Nak tahu kenalah tengok.


Penilaian H.Starz Crew (Team Kaki Wayang):

Jalan Cerita: ★★☆☆☆
Sinematografi: ★☆☆☆☆
CGI: ★★★☆☆
Pengajaran & Tauladan: ★★★★★
Keseluruhan: ★★✭☆☆


Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan