Tangani Masalah Kelemumur Serius

Tak semua orang memiliki kulit kepala yang tiada masalah. Pasti dari 3 orang di dalam dunia ini, seorang dari mereka pasti akan ada masalah kelemumur yang di tahap serius. Sudah menggunakan pelbagai produk anti kelemumur pun tetap masalah tidak selesai. Macam-macam jenis syampoo anti kelemumur yang menjanjikan pelbagai kesan di televisyen dan majalah telah digunakan, namun kelemumur tetap bertepek macam empingan nastum.

Nah, di sini H.Starz ingin mengongsikan produk anti kelemumur yang berkesan. Sudah diuji pakai oleh beberapa team kami di H.Starz dan ia berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur normal dan serius. Kami yakin, masalah kelemumur ni memang memalukan, lagi-lagi yang mengalami masalah ini yang tahap serius. Yang mana, kepingan kelemumur tu dah macam emping jagung atau oat. Memang tak akan pakai baju hitamlah gamaknya. Lepas tu gatalnya bukan main.

Di posting ini tak perlulah kami jelaskan tentang bagaimana masalah kelemumur ini bisa terjadi. Tapi, kalau nak tahu juga, boleh baca di sini. Di posting ini kami akan sarankan beberapa produk anti kelemumur yang berkesan. Berikut adalah produk yang berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur serius dan normal.



Selsun Suspension. Yang ni memang berkesan. Kalau ikut direction pada botol, syampu hanya di bahagian yang ada kelemumur aje. Biarkan 3 minit kemudian bilas. Dah kelemumur tu atas kepala, macam mana kita nak tengok kan?? Giler tak? Jadi disarankan gunakan macam syampoo biasa. Dulu harganya dalam RM29 untuk 30ml. Sekarang dah RM39++ kalau tak silap sejak GST dah diperkenalkan. Keji kan? Yang botol besar mungkin RM60++ kut?

Keberkesanannya memang telah terbukti. Hilang kelemujur selepas 5-8 kali penggunaan. Tapi kalau pakai hari-hari, kelemumur hilang, rambut pulak yang gugur sebab mahal okeh syampoo ni. Nak jimat pakai dua hari sekali. Bolehlah tahan sebulan untuk yg rabut paras bahu. Yg lebih paras bahu, faham-fahamlah yer? Digalakan syampu dan buihkan pada kulit kepala sahaja. Tak perlu keseluruhan rambut, sengkek uols nanti.


Yang ni produk kedua yang berbekesan untuk masalah kelemumur serius. Loreal Expert anti Dandruff. Yang jenis Power Clear. Beli pakej sampu dengan conditioner sekali untuk kesan yang maksima. Selain masalah kelemumur selesai, rambut pun jadi lembut bersinar gaytuh.

Porduk Loreal yang ini memang pantas kesannya. Sesuai dengan harganya. Syampoo dengan Conditioner dia yang tak sampai 500ml pun setiap botol hampir RM100 harganya. Mungkin di zaman GST ni, harganya dah melepasi RM110++ mungkin? Untuk yang berambut pendek bolehlah jimat tahan sebulan. Mana yang rambut panjang tu silap-silap seminggu aje dah habis guna. Kalau uols banyak duit boleh try produk ini.

Kami tahu, tak ramai orang berkemampuan nak guna produk mahal kan? Tak kan disebabkan kulit kepala aje nak berhabis ratusan ringgit sebulan? Banyak lagi benda lain untuk dibeli. Kulit kepala bebas kelemumur tapi kulit muka berkerak, tak boleh juga, betul tak?

Jadi di sini, kami nak cadangkan satu produk syampoo anti kelemumur MURAH dan BOLEH TAHAN KEBERKESANANNYA untuk anda yang perlu berjimat untuk cantikan diri. Produk itu bukan dari jenama terkenal. Tapi jenama biasa-biasa yang pernah terkenal suatu ketika dulu. Tapi sekarang dah tak terkenal, tapi mereka masih boleh survive jual produk mereka. Produk itu adalah seperti di bawah.


FOLLOW ME Dandruff Control Shampoo Cool & Fresh. Produk ni dah lama di pasaran, tapi sekarang ni macam dah rare pulak. Susah giler nak jumpa Syampoo botol silver berlabel hitam ni. Puas pusing-pusang kat mall, tak jumpa. Sudahnya, ada crew kami beli melalui online sebab berkesan dan MURAH katanya.

Untuk mereka-mereka yang lahir tahun 1980an sehingga 1990an mungkin pernah kenal atau dengar jenama ini. Dulu iklan bedak talkum dia memang meletop-letop. Dialong yang masih melekat dalam kepala berkaitan dengan iklan dia, "Aku merindui mu" sambil tekan loceng rumah. Wahhh.. sungguh nostalgia.



Syampoo follow me tu beli online RM14.90 sahaja untuk 900ML!! Hampir 1 Liter.. hebat tak? Pakai hari-hari macam pakai krim mandian pun tak per. Takderlah rasa sedih sebab murah, kan? Walaupun kesannya lambat, tapi ia dapat mengatasi masalah kelemumur. 

Walau bagaimana pun kesan setiap syampoo yang kami cadangkan ini bergantung pada jenis kulit kepala dan masalah kelemumur anda berpunca dari apa. Kalau dah memang kurap atas kepala anda, syampoo semahal cincin kak mah pun tak dapat nak hilangkan. Hahaha...

Kami harap perkongsian kami ni dapat membantu anda yang ada masalah kelemumur.




Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan