House Of The Disappeared
Min-hee seorang suri rumah yang telah ditangkap dan dipenjara selama 25 tahun atas tuduhan membunuh suaminya. Anak lelakinya juga telah hilang selepas insiden itu. Selepas dibebaskan dari penjara, Min-hee pulang ke rumah di mana insiden tersebut berlaku bagi merungkai misteri di sebalik kematian suaminya dan kehilangan anak lelakinya.
Bahasa: Korean
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 Julai 2017
Genre: Misteri / Ngeri
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pengedar: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD
Pelakon: Kim Yun-Jin, TaecYeon, Jo Jae-Yun, Lee Han-Wi
Pengarah: Lim Dae-Woong
Format: 2D
Ulasan geng Kaki Wayang H.Starz Crew:
Saat filem mula dimainkan, memang dah suspen. Prolog cerita yang mencemaskan adalah kunci sebenar cerita ini. Tapi, dari prolog itu, kami macam dah dapat teka jalan ceritanya macam mana dan kami juga dah dapat teka plot twistnya macam mana. Serius, semasa babak anak Min-Hee hilang di sebalik pintu berdinding tu, kami dah sama-sama meneka plot twist cerita ini macam mana. Kami bertiga dan ketiga-tiga kami meneka hal yang sama.
Walaupun awal cerita agak slow, tapi tidak mengantukan kerana cerita ini lebih kepada terkejut dan misteri. Terselit babak penyiasatan. Babak penyiasatan tu lah yang buat kita rasa tak mengantuk sebab nak tahu apa jadi yang seterusnya.
Kemunculan watak seorang 'father' yang maha kacak juga buat mata kami terus segar bugar walaupun perut memasing bekeroncong dek tak sempat nak makan kerana tayangan filem ini seawal pukul 11.30 pagi! Next tayangan pukul 7.30 petang. Giler, kita orang gigih nak tengok wayang magrib-magrib? Memang taklah.
'Father' dari gereja berhampiran yang sangat cute itu pencetus babak penyiasatan tentang rumah Min-hee yang akan berlaku peristiwa manusia hilang setiap 25 tahun. Idea cerita memang meletop. Kami sangkakan ini cerita hantu yang mana hantunya muncul persis Juon ke? Kuntilanak atau pocong ke? Hakikatnya ini bukan cerita hantu. Tapi lebih kepada misteri pintu berdinding batu.
Setiap babak yang memaparkan shoot jam dalam cerita ini sila jangan abaikan. Kerana ia saling berkaitan. Walaupun agak memeningkan, tapi tetap kami boleh faham.
Selepas 25 tahun kemudian - Min-hee dibebas selepas didapati bersalah membunuh suaminya. Hakikatnya bukan dia yang masa itu yang bunuh. Tapi dia yang di masa lain yang bunuh suaminya. Haaa.. pening tak nak faham ayam kami tu? Kalau nak tahu, kenalah tengok sendiri.
Ini bukan cerita hantu, ini cerita berkaitan dengan masa. Sampai di hujung cerita, kami tersenyum luas di sebalik sendu tangis sendih kerana di hujung cerita babaknya memang menyentuh perasaan. Dan tebakan kami tentang jalan cerita ini TEPAT!
Plot cerita dan pelakon, memang terbaik. Tiada kesan khas di dalam filem ini. Tapi jalan ceritanya sangatlah menarik!
Penilaian Geng Kaki Wayang H.Starz:
Aksi: ★☆☆☆☆
Babak Suspens: ★★★☆☆
Babak terkejut: ★★★✭☆
Misteri: ★★★★☆
Plot: ★★★★☆
Pelakon: ★★★★☆
Keseluruhan: ★★★✭☆
0 comments:
Catat Ulasan