26 MEI 2017 - April lalu Christian Dior telah mengeluarkan siri baru haruman J'adore mereka. Kali ini mereka mengelarkan siri J'adore ini sebagai 'inJOY'. Masih bertunjangkan bau white floral sebagai jantung harumannya, cuma divariasikan dengan campuran bau garam sebagai nota haruman pertama, haruman bunga-bunga mewah seperti melur, kenanga, bunga Harum Sundal Malam dan bunga oren sebagai nota haruman kedua atau middle note dan buah peach sebagai haruman ketiga atau base note.
Satu kelainan yang cuba Dior tampilan untuk siri J'adore kali ini adalah elemen fresh yang diambil dari haruman garam yang lebih kepada bau laut gitu. Seakan bau Bvlgari Divine. Poster dia pun model dia berjalas atas air di lautan senja atau pagi nan indah. Sesuai dengan konsep bau yang dipilih.
Dikeluarkan dalam versi Eau De Toilette sahaja buat masa ini. Tapi tak mustahil akan ada versi Eau De Parfum andai permintaan tinggi. Sesuai dipakai harian dan sesuai untuk wanita yang mahu tampil segar yang semerbak dengan haruman bunga segar. Jika sudah dari siri J'adore, jadi bau utama J'adore versi pertama tetap akan ada walaupun tak banyak.
Perfume ini sudah mula masuk pasaran Malaysia.
Perfume Pyramid
Top Notes
Middle Notes
Base Notes
Main Notes According to Your Votes
134
125
123
80
74
48
0 comments:
Catat Ulasan