SIMETRISITI by DATO' SITI NURHALIZA [Review]


14 MEI 2017 - Tanggal 10 Mei yang lalu, penyanyi nombor 1 negara, Dato' Siti Nurhaliza telah melancarkan album terbarunya yang diberi judul SIMETRISITI. Tak pasti ini album solonya yang ke 16 atau 17. Rasanya yang ke 16 (tolak album raya Anugerah Aidilfitri). Kami di H.Starz, dah dapat album ni Jumaat lalu versi cover Limited Edition melalui pos dengan bungkusan dari Lazada. Memandangkan album tu dengan cover Limited Edition, jadi kami tak buka lagi sebab kami beli satu aje. Kami bukanlah tamak sangat, sampai nak beli berkeping-keping dengan alasan nak buat koleksi sampai tak fikir perminat yang lain turut nak miliki cover LE tu.

Untuk album ini, lagu komposer dari luar diangkat sebagai single pertama. Tidak seperti album Fragmen yang mengangkat lagu Lebih Indah dan Jaga Dia Untukku ciptaan Aubrey sebagai single awal.

Walau bagaimana pun, lagu-lagu dari album ini sudah boleh dibeli melalui iTune dan boleh dengar secara percuma di Spotify kala jam tempat 12.00AM pada 10 Mei yang lepas. Di situ, kami rasa macam tak baguslah. Sepatutnya, keluarkanlah versi berbayar dan fizikal dulu, baru keluarkan versi boleh dengar percuma. Jadi, yang berebut-rebut beli CD fizikal album ni yg dapat lambat apa cerita? Kami beli album fizikal sebab nak jadi pedengar pertama. Tiba-tiba 10 Mei CD tak sampai lagi, sebab Posmen Cuti sempena Wesak, pendengar yang tak perlu keluarkan duit dah boleh dengar free kat Spotify. Tak faham sungguh konsep mereka ni.

Pada yang nak feeling-feeling lagu rancak persis lagu-lagu Ayda Jebat, lagu mendayu-dayu ala-ala lagu Wany Hasrita, memang TIADA di dalam album ini. 

Sungguh pun begitu, kami di H.Starz tetap menyokong segala versi yang ada. Baik digital atau fizikal. Selepas team H.Starz yang dalam masa yang sama Siti Zoner dengar album ni, mereka tidak terus boleh hadam setiap lagu yang ada selain Segala Perasaan yang telah beredar dua minggu awal sebelum album penuh SimetriSiti ini beredar di segala medium yang ada.

Selepas mendengar lagu-lagu yang ada di dalam album ini, kami mengandaikan, lagu-lagu di dalam album ini seperi gabungan lagu-lagu dari album Prasasti Seni, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati dan Fragmen. Seperti sedia maklum, album Hadiah Daripada Hati, adalah salah satu album Dato' Siti Nurhaliza yang agak kurang menyengat. Jadi, konklusinya, Dato' Siti Nurhaliza masih tak boleh lepas dari 'lingkungan' lagu-lagu yang sedap di pendengarannya sahaja.

...kami mengandaikan, lagu-lagu di dalam album ini seperi gabungan lagu-lagu dari album Prasasti Seni, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati dan Fragmen.

Pada yang nak feeling-feeling lagu rancak persis lagu-lagu Ayda Jebat, lagu mendayu-dayu ala-ala lagu Wany Hasrita, memang TIADA di dalam album ini. Untuk album ini, lagu komposer dari luar diangkat sebagai single pertama. Tidak seperti album Fragmen yang mengangkat lagu Lebih Indah dan Jaga Dia Untukku ciptaan Aubrey sebagai single awal. Apa-apa pun, album ini masih boleh dipuji kerja-kerja pembikinannya walaupun di mata kami konsep cover album ini macam takder kaitan dengan makna SIMETRI tu. Hahaha...

...kualiti kotak plastik album fizikal untuk album ini sangatlah berkualiti rendah

Untuk cover, kami bayangkan cover album ni sebelum ini unik ala-ala cover  album-album Faizal tahir yang memang selalu ikut  tajuk album yang di pilih. Tapi untuk album Dato' Siti Nurhaliza, kebanyakannya memang takder kaitan dengan tajuk album. Ala-ala lari konsep gitu. Yang kami perasan, dalam banyak-banyak album beliau dari dulu sampai sekarang, yang ikut konsep cuma album Pancawara dan Lantera Timur. Yang lain, macam feeling-feeling syok sendiri. Hahaha.. harap kami tak kena kecam sebab komen ni. Ini hanya sekadar pendapat kami sahaja.

Dan yang paling-paling mengecewakan kami, kualiti kotak plastik album fizikal untuk album ini sangatlah berkualiti rendah. Kami dapat album ini untuk versi cover rasmi, dalam keadaan yang amat mengecewakan. Kotak pecah, dan tempat slot CD pun pecah. Jadi, flip cover kotak CD tu tertanggal dan CD tak grip pada pusat tengah tu sebab salah satu pin dia patah. Why? Kenapa Universal Music guna bahan berkualiti rendah untuk album penyanyi nombor satu Malaysia? RM48.90 bukan murah tau?

 Laser printingnya juga tak tajam. Ada sebahagian muka surat buku lirik, hasil printingnya kabur dan warna berkembar. Sungguh nampak murahan. 

Kualiti kertas untuk buku lirik jugak agak tipis. Laser printingnya juga tak tajam. Ada sebahagian muka surat buku lirik, hasil printingnya kabur dan warna berkembar. Sungguh nampak murahan. Kualiti album single artis baru yang di kecam ramai lebih nampak bahal dan berkualiti tinggi dari pembungkusan album SimetriSiti ni. Kualiti album fizikal Anuar Zain lebih baik dari SimetriSiti. Agak memalukan di situ. Cubalah buat kotak album yang lebih eksklusif untuk penyanyi nombor satu negara ni. Bukan kotak CD biasa yang rendah kualitinya. Album Dayang Nurfaizah yang harga RM31++ tu pun lagi okey. Bukan nak mengecam. Cuma agak kecewa dengan kualiti yang teruk untuk harga yang mahal.

Apa-apa pun keseluruhan penilaian kami untuk album ini: ★★★☆☆

Penilian album Fizikal:
- Konsep Cover: ★★☆☆☆
- Font: ★✭☆☆☆
- Warna: ★★☆☆☆
- Solekan: ★★★★☆
- Props: ★★★☆☆
- Pakaian: ★★★★☆
- Kesan khas: ★☆☆☆☆
- Kualiti kertas: ★✭☆☆☆
- Kualiti printing kulit album fizikal: ★✭☆☆☆
- Kualiti kotak album fizikal: ★☆☆☆☆

Di bawah ni pulak penilaian kami mengikut lagu.


1. BERSANDAR CINTA
KOMPOSER: AUBREY SUWITO
PENULIS LIRIK: AD SAMAD

Jika kau sepi 
Kuingin jadi melodi yang bererti

Lagu ni agak lembut dan mendayu-dayu walaupun makna lirik lebih kepada penghargaan pada peminat-peminatnya. Tapi tulah, melodinya sangat berkonsepkan cinta derita putus cinta gitu. Terutama kat bahagian tengah lagu. Ada pengaruh 'Lebih Indah' pada lagu ini.
Penilaian: ★★✭☆☆



2. PENGHIBURKU (FEAT JOE FLIZZOW)
KOMPOSER: DATO SITI NURHALIZA
PENULIS LIRIK: DATO SITI NURHALIZA
PENULIS LIRIK (RAP): JOE FLIZZOW

Berbagai-bagai ragammu nan seribu
Berkejar-kejar engkau terus memburu
Kesetiaanmu tidak kuragu
Tetap di sini kau anugerahku

Dengar lagu ni terbayang Dato' Siti Nurhaliza nyanyi lagu Yuna - LELAKI kat akaun Smule beliau. Adakah lagu ni inspirasi dari lagu tu? Cuma versi lebih rancak. Lagu ni lagu rancak yang diselitkan dengan pelbagai insrument musik 'ketuk-ketuk' besi. Lirik yang ringkas dan mudah difahami. Elemen 'siulan' dan alatan muzik yang digunakan dalam lagu ni seperti gambaran lagu ni juga ditujukan untuk penyanyi-penyanyi jalanan.  Good job dari Dato' Siti Nurhaliza untuk lagu baru ciptaan beliau. Cuma lirik RAP dari Joe tu macam tak kena dengan jalan cerita lirik lagu ni.
Penilaian: ★★★☆☆



3. IKRAR CINTA
KOMPOSER: AMIRAH ALI
PENULIS LIRIK: SULU SARAWAK

Ku ikrar janji setia
Dari romantis pertama
Menyatu separuh nyawa
Saat kau bersama...

Lagu yang kalau dengar seperti di atas kayangan. Sekilas seperti lagu 'Menanti Pasti' ciptaan Ajai. Cuma 'Menanti Pasti' tu lebih kepada irama keroncong. Yang ni Pop Balada. Lirik yang simple dan sesuai ditujukan khas untuk mereka-mereka yang baru sah menjadi suami isteri kut.
Penilaian: ★★✭☆☆



4. SEGALA PERASAAN
KOMPOSER: IVAN LAHARDIKA
PENULIS LIRIK: IVAN LAHARDIKA

Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia
Untuk selamanya...


Single pertama album ini yang telah diedarkan secara digital dua minggu awal sebelum album penuh dikeluarkan. Sangat 'Indonesian' lagu ini memandangkan lagu ni dicipta oleh komposer dari negara sana. Seperti lagu 'Pastikan' dan 'Biarlah Rahsia' yang jelas Melly Goeslaw. Lagu ni jelas ke'Kris Dayanti'nya. Rentak music dan irama dia memang ala-ala lagu-lagu balada pilihan Kris Dayanti untuk album-albumnya sebelum ini.
Penilaian: ★★★✭☆



5. AKU BUKAN MALAIKAT
KOMPOSER: OPICK
PENULIS LIRIK: DIAN

Kau bisa syurga bisa nereka
Kau bisa malam bisa siangku
Kau bisa luka bisa bahagia
Dalam hidupku...

Kalau lagu 'Pastikan' dengar 'Melly Goeslaw'nya. Untuk lagu ni pula dengar ke'Opick'annya. Dengar lagu ni terngiang-ngiang suara Opick sedang dendangkan lagu ni. Mungkin lebih sedap atau sebaliknya? Cuma lirik 'Kau bisa syurga dan nerakaku' tu, untuk korus yang pertama sedap. Tapi bila dah hujung-hujung bila Dato' Siti Nurhaliza cuba nak variasikan lengok vocalnya dari mengulang lenggok yang sama yang mana akan buat pendengar bosan, membuatkan beliau macam tersekat-sekat nak sebut suku kata yang terlalu banyak. Janggal di telinga untuk pendengaran awal.
Penilaian: ★★☆☆☆



6. MANIS TERINDAH
KOMPOSER: AUBREY SUWITO
PENULIS LIRIK: AD SAMAD

Jika aku engkau
Tak kan tinggalkan ku
Seditik lagi pun
Beterusan menunggu

Lagu yang damai dan sedikit rancak. Kalau anda nyanyikan lagu ni tanpa menghayati liriknya, anda akan rasa lagu ni sesuatu yang positif dan menenangkan jiwa. Rasa terbuai-buai melodinya macam anda sedang nyanyi sambil menari-nari dan berlari-lari di taman bunga di musim semi sejuk yang indah. Berterbangan kelopak bunga di sana sini. Namun, jika anda hayati liriknya, ia merupakan sebua lagu derita cinta! Cuma disampaikan di sebalik melodi gembira. So, susah nak tentukan emosi lagu ni. Atau lagu ni sebenarnya sedih dalam gembira konsepnya? Melodi dah okey, cuma makna lirik buat lagu ni mengalami kekeliruan konsep. Boleh gitu?
Penilaian: ★★☆☆☆



7. KISAH KU INGINKAN (FEAT. JUDIKA)
KOMPOSER: IVAN LAHARDIKA
PENULIS LIRIK: IVAN LAHARDIKA

Aku dan kamu..
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Kerna aku dan dirimu

Sekali lagi lagu ciptaan Ivan Lahardia, bukan Lahar yer? Menjadi pilihan Dato' Siti Nurhaliza. Kali ini, lagu ni memang sangat 'Judika'. Kami yakin lagu ni memang asalnya diciptakan khas untuk Judika. Sebab tu melodinya sama dengan melodi-melodi lagu balada Judika sebelum ini. Cuma, mungkin semasa rakaman lagu ini dibuat, Dato' Siti Nurhaliza tidak rakam bersama Judika, maksudnya rakaman dibuat secara berasingan. Jadi, macam kurang variasi suara berdua. Tak macam lagu 'Seluruh Cinta' yang banyak variasi gabungan suara kedua-dua penyanyinya. Mungkin lagu ni dirakam untuk tarik pedengar Indonesia supaya memilik album ini kut.
Penilaian: ★★★☆☆



8. TAK PERLU RAGU
KOMPOSER: ADE GOVINDA
PENULIS LIRIK: ADE GOVINDA

Aku tercipta
Layak bagai Hawa
Temani Adam di dunia

Lagu ni ala-ala lagu 'Kau Ku Sayang' dari album Safa. Sebab elemen muzik lebih kepada gitar gitu. Lagu kedua dari Ade Gavinda untuk Dato' Siti Nurhaliza selepas 'Engkau'. Permulaan lagu aje ala-ala 'Kau Ku Sayang', tapi dari pertengahan lagu sampai ke hujung, elemen melodi lagu 'Seindah Biasa' mula menguasai lagu. Tapi, lagu 'Seindah Biasa' tetap lagi best dari lagu ini. Mungkin liriknya yang terlalu memuja cinta kut? 'Seindah Biasa' punya lirik lebih kepada motivasikan diri.
Penilaian: ★★★☆☆



9. KAU TAKDIRKU
KOMPOSER: MOHARIZ YAAKUP
PENULIS LIRIK: HABSAH HASSAN

Di sini telah bermula semua kisah kita
Dan akan ku genggam segala janji kita dulu

Masa dengar lagu ni dan dapat tahu lirik by Habsah Hassan, terus terfikir adakah ini sambungan lagu 'Andainya Takdir' by Anuar Zain? Sebab tajuknya pun ada 'Takdir' jugak. Bila dengar liriknya, memang dah macam sambungan 'Andainya Takdir'. Apa pun itu hanya pendapat kami aje. Lagu ni seakan lagu 'Sanubari' dari album Fragmen. Suku kata lirik pula macam ada sikit-sikit lagu 'Tak Rela Berpisah Dari Mu'. Lagu ni memang agak mencabar vocal Dato' Siti Nurhaliza katanya.
Penialian: ★★✭☆☆



10. HIASI DUNIAKU
KOMPOSER: SID MURSHID
PENULIS LIRIK: SID MURSHID

Bawalah ku bersama
Hiasi dunia cinta
Bawalah aku ke hatimu
Bila bersama...

Lagu ni ala-ala gabungan 'Warna Dunia' dan 'Destinasi Cinta' gitu. Tapi mood kami dengar lagu ni ala-ala masa zaman filem dan drama bersiri 'Gol & Gincu'. Feeling-feeling kembali ke zaman sekolah menengah. Mood high school gitu konsepnya.
Penilaian: ★★★☆☆


Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan