Kalau sejak kebelakangan ni nama perfume Wanita Terakhir Fattah Amin by AJ de' Perfume hangat diperkatakan, tidak kurang hebatnya juga perfume Lisa Surihani turut menjadi bisikan halus daripada peminat-peminatnya. Kami di H.Starz tak pasti bila tarikh sebenar perfume ini dilancarkan. Sebab, liputan media untuk perfume ni tak berapa nak meluas sangat.
Tidak seperti Che Ta, Rita Rudaini dan Shila Amzah, Lisa Surihani juga turut mengeluarkan harumannya sendiri di bawah label Jovian. Mereka yang berkecimpung dalam dunia fesyen Malaysia dan peminat fesyen dunia, nama Jovian Mandagie bukan nama kecil. Semua orang kenal dia. Kecuali yang tak tahu apa-apa pasa dunia fesyen tanah air.
H.Starz Crew tak tahu perfume ni baunya macam mana, sebab susah nak cari kat kedai, nak beli kena terus order di website. Dari design botolnya yang sebijik macam design botol perfume Bunkface, April Eeleven by Rita Rudaini dan perfume beberapa artis Malaysia, kami mengandaikan perfume ini juga standard arau setaraf dengan perfume inspirasi yang sudah melambak di pasaran ketika ini. Harganya juga standard harga perfume inspirasi.
Nampak tak gambar di atas, design botol perfume Lisa Surihani for Jovian memang sebijik dengan perfume BUNKFACE for HER dan APRIL ELEVEN by RITA RUDAINI. Agak mengecewakan di situ. Sah! Jovian guna botol ready made berkonsepkan refill. Botol untuk ketiga-tiga perfume ini boleh dibuka ya, spray dia. Kalau anda bernasib malang, akan berlaku leaking pada bahagian spray tu. Makanya, merecikalah perfume korang dalam handbeg dan merosakan leather handbeg LV korang yang mahal tu. Jadi, sila hati-hati.
Bukan H.Starz nak komen negatif cuma,,, kalau boleh, artis Malaysia yang nak keluarkan perfume dengan nama sendiri, pilihlah botol perfume yang berkualiti tinggi dan design tersendiri. Bukan guna botol sedia ada sebab nak murah dan jimat. Kotak meletop, cantik dan kalis terbakar pun, kalau botol tak ada origiunaliti, tetap nampak murahan.
Ops! Terlebih sudah. H.Starz tak pasti bau perfume ni macam mana, inspired atau tidak. Tunggu crew kami miliki perfume ini untuk direview. Atau mungkin tunggu ada crew kami cuba tester perfume ni kat kedai. Sebab takut nak beli kerana bimbang kecewa seperti perfume artis Malaysia yang lain yang masih ditahap perfume inspirasi.
#jangankecamsaya #jangankecamkami
0 comments:
Catat Ulasan