Muka 'elok' salah satu faktor jadi jutawan barangan ciplak



9 MEI 2017 - Hari ni punyalah kecoh isu Jutawan Barang Ciplak ni. Sampai penuh timeline Facebook team H.Starz. Tapi yang anehnya, banyak plak yang share tu lelaki. Yang membela jutawan ni pun lelaki. Adakah? Tak baik buat spikulasi bukan-bukan uols.

Sebenarnya bukan baru lagi isu ni. Dah lama dah. Dari sejak 5 tahun lepas kami dah perasan banyak penjual barangan ciplak ni. Yang abam-abam sado ni biasa jual jam tangan berjenama, tali pinggang berjenama, wallet, pouch, kasut, baju, kiranya semuanya aksesori lelakilah. Semua berjenama uols. Paling banyak sudah pastinya Louis Vuitton, Gucci dan seangkatan dengannya. Mana yang perempuan pulak biasa jual handbag, shawl, high heel dan aksesori perempuanlah senang cerita. 

Adakah disebabkan Ameerul tak bayar cukai pendapatan dan cukai barangan menjadi punca dia diambush?

Yang penting murah, sebab apa? Sebab klon atau ciplak. Siap ada grade lagi uols. Grade 5A, grade premium, dan grade butik. Letup tak? Tapi, cuma kes si jejaka ini yang di kenali dengan nama Ameerul Afiq atau nama letupannya @kingafiq yang terkantoi dengan pihak Harian Metro. 

Seperti biasa adalah nitizen yang sokong dan bangkang apa yang si Ameerul ni telah buat. Sekilas kami di sini tengok gambar si Ameerul Afiq ni, terus kami tahu sebab apa dia jadi jutawan.

Hello, muka elok badan sado, haruslah jadi gilaan semua orang, kan? Dah sudah pasti lebih ramai lelaki customer tetap dia. Bab tu kami tak nak judge lah. Tapi, salah satu faktor dia jadi jutawan, sudah pastinya disebabkan ke'elok'kan wajahnya dan ke'sado'an tubuhnya. Harus pelanggan-pelanggan tetapnya menaruh harapan yang tinggi masa order.


Walaupun perniagaannya dipertikai dan dikecam oleh sesetengah pihak, tapi ada jugalah kebaikan yang si Ameerul ni lakukan bila dia tak kedekut ilmu perniagaan dia sehingga berjaya dengan mengadakan seminar. Namun, yang tak manisnya dia cuba mengajar orang lain jual barang tiruan macam dia juga ke apa? Dalam artikal di Harian Metro, Si Ameerul ni juga dikatakan jual barang seludup. Aduhai. 


Bab hukum hakam dalam mana-mana agama, kami di H.Starz tak nak ulas lanjutlah. Sebab bukan kepakaran kami. Salah bagi fakta, kena kecam tak tentu pasal. Apa yang kami yakin, salah satu faktor perniagaan Si Ameerul ni berjaya adalah disebabkan wajah dan tubuhnya. Itu kami yakin! Hahahaha...

Ada juga yang mempertikaikan dengan membandingkan al-Ikhsan yang dikatakan menjual barangan ciplak tetapi disebabkan mereka bayar cukai, jadi mereka tidak dikenakan tindakan. Kesahihannya? Kami tak dapat pastikan.

Dan kami juga perasan di Twitter, kebanyakan golongan 'lelaki' yang marah bila Si Ameerul ni di ambush oleh pihak berkuasa. Adakah disebabkan Ameerul tak bayar cukai pendapatan dan cukai barangan menjadi punca dia diambush? Ada juga yang mempertikaikan dengan membandingkan al-Ikhsan yang dikatakan menjual barangan ciplak tetapi disebabkan mereka bayar cukai, jadi mereka tidak dikenakan tindakan. Kesahihannya? Kami tak dapat pastikan.


Apa-apa pun pilihan tetap di tangan anda sebagai pengguna dan pembeli. Jika mahu bergaya dengan barangan mahal tapi tak mampu nak beli yang original, mungkin produk tiruan boleh dibeli. Pada peniaga pula, kalau nak kaya jual barangan tiruan pun, teruskanlah. Dosa pahala di atas bahu masing-masing kan? Tapi, dah tahu salah, pandai-pandailah simpan, kan? Hal yang anda lakukan tu dah terang-terang salah. Menjual barangan ciplak sama macam MENCETAK ROMPAK. Jadi, pandai makan pandai simpan.

Apa-apa pun, di harap kes si Ameer ni dapat diselesaikan dengan aman. Dah jadi jutawan, kan? Ha... lepas ni terus buka butik jual barangan original aje. Stop jual barangan jiplak tu, okey?

Daaa.....



Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan