FATTAH AMIN tak layak menang ANUGERAH BUKU POPULAR?


KUALA LUMPUR: Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang menimbulkan kontroversi sebelum ini akhirnya berjaya meraih kategori Buku Popular di Anugerah Buku Negara 2017.

Penulis buku itu Fattah, berkata, dia tidak menjangkakan buku yang menerima pelbagai kritikan itu diiktiraf sebagai paling popular pada anugerah berkenaan.

"Saya tidak mengjangkakan buku pertama saya menerima penganugerahan pada malam ini.

"Alhamdulllah, sejak dikeluarkan ia sudah terjual 5,000 naskhah. Biarpun menerima banyak kecaman, bagi saya ia satu publisiti yang telah mempopularkan buku ini," ujarnya.

Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu merupakan artis pertama yang menerima anugerah di acara yang memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis buku.

Tambahnya, dia juga bakal menerbitkan buku tersebut dalam versi bahasa Inggeris tidak lama lagi.

Salah satu petikan daripada buku tersebut yang berbunyi: "Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh.... kelakar kan" telah dipersendakan sehingga menjadi tular di laman sosial.

Sementara itu, Fattah berkata, dalam perkembangan yang sama, dia baharu sahaja melancarkan novel Wanita Terakhir pada Sabtu lalu.

Novel hasil tulisan novelis terkenal Ezza Mysara itu merupakan hasil terjemahan Fattah berdasarkan lagu dengan judul yang sama.

"Ini adalah kali kedua saya bekerjasama dengan syarikat Idea Kreatif, ia sudah pun habis dijual pada pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan diulang cetak.

"Buku itu bukan saya yang tulis tapi ia berdasarkan lagu saya Wanita Terakhir," katanya.

Sumber

H.Starz Crew: 

Bagi kami di H.Starz mengucapkan tahniah atas kejayaan buku pertama Fattah Amin yang telah memenangi anugerah tersebut. Tidak dinafikan buku tersebut memang popular sejak ia diterbitkan sehinggalah sekarang. Malangnya, kemenangan beliau telah mengundang reaksi negatif dari segelintir pembaca dan penulis di luar sana yang menindas, Fattah Amin tidak layak memenangi anugerah tersebut kerana buku 99 Kata-Kata #QalifModen itu sekadar himpunan kata-kata harian selebriti tersebut. Tiada input berguna.

Yang menghentam tu, sepatutnya lebih peka dengan kategori yang Fattah menang. Dia menang BUKU POPULAR, bukannya buku terbaik. Jadi, jangan nak mempertikaikan kejayaan beliau dengan mengatakan bukunya sebagai 'sampah' dan sebagainya. Itu sudah rezekinya dan menunjukan dia ramai peminat. Sebelum hendak menghentam sepatutnya anda fahamkan dulu POPULAR dan TERBAIK. Dua kategori itu sudah jelas nyata berbeza. Contoh, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Industri Muzik, sungguh jauh beza sistem penjuriannya. Jadi, jangan nak stress dan sakit hati dengan kejayaan orang lain, teruskan usaha anda jika anda rasa anda terbaik dan popular. Jangan marah-marah ya? Muax!

Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan