King Arthur: Legend Of The Sword [Review]



King Arthur: Legend Of The Sword

Arthur baru mengetahui dirinya dari keturunan diraja setelah dia berjaya mendapat pedang Excalibur. Dengan pedang yang berkuasa di tangannya, dia menyertai kumpulan pemberontak dan wanita bernama Guinevere yang mahu menggulingkan diktator Vortigern yang menguasai negara.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 10 Mei 2017
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 6 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Charlie Hunnam, Astrid Bergés-Frisbey, Jude Law, Djimon Hounsou
Pengarah: Guy Ritchie
Format: 2D, 3D, 2D ATMOS

Ulasan ringkas H.Starz Crew (Team Kaki Wayang):

Tajuk cerita ni agak serius bagi kami di Team Kaki Wayang. Dan kami pun menganggap, cerita ni memang cerita serius macam filem The Lord of the Rings, Superman, The Hobit dan sebagainyalah. Permulaan cerita, agak pantas plot-plotnya. Macam tergesa-gesa. Sedangkan cerita ni memakan masa 2 jam 16 minit! 2 jam bukan satu masa yang singkat! Tak kan plot tergesa-gesa sangat? Nak kalahkan filem Hindustan?

Rupanya, perjalanan cerita bermula saat Arthur tu meningkat dewasa. Nak tahu ceritanya macam mana, bacalah sinopsis di atas ya? Kalau kami ceritakan balik apa yang berlaku lebih baik tak payah. Baik kami buat novel aje. Tak gitu?

Sangkaan kami meleset tentang filem ini merupakan filem serius. Ya, memanglah cerita ni serius, tapi di sebalik serius tu, ada babak kelakar! Charlie Hunnam bawak watak kelakar dalam masa yang sama serius. Memang menjadi! Macam mana tu? Susah nak bayangkan, betul tak? So, kena tengok sendiri.

Menonton filem ini korang WAJIB FOCUS. Mana yang nak tengok filem ni dengan niat nak dating, geli-geli dengan awek, nak feeling-feeling tengok wayang romantik dengan kekasih. Lupakan sajer!. Baik kau balik rumah, layan porn. Lagi berfaedah untuk diri ko. Filem ni memerlukan fokus anda hampir sepenuhnya. Lebih-lebih lagi ketika di babak penceritaan dan penerangan tentang pelan mereka mahu menyerang kerajaan Vortigern. Sebab babak tu, setiap plotnya bertindan dan silih berganti. Kalau korang tak fokus, boleh hilang kewarasan beberapa saat sebab tak dapat nak hadam dengan sempurna jalan ceritanya.

Kami rasa, kalau Malaysia buat cerita macam ni LPF, FINAS dan segala mak datuk yang menapis filem kat negara ni memang tak akan lepaskan. Sebab apa? SYIRIK dan TAHYOL katanya. Korang kena tengok  filem ni kalau nak tahu apa yang kami maksudkan.

Tak perlu nak beli popcorn atau air. Masuk lengang kangkung dan tengok aje. Sia-sia korang beli popcorn dan air, tapi tak habis di makan sebab cerita ni memang korang kena fokus. Dari membazir RM10++ tapi hujung-hujungnya buang, baik fokus aje tengok cerita ni.

Bab CGI dan Sinematografi susahlah kita nak sangkal kalau bab filem dari oversea ni. Lagi-lagi filem WARNER BROS. PICTURES uols! Walaupun hanya CGI, sinematografinya tetap meletop dan real. Rasanya macam 80% cerita ni, CGI kut. Lokasi sebenarnya tak wujud. Apa-apa pun, kami di Team Kaki Wayang H.Starz, memang puas hati melaburkan duit RM16.77 satu kepala untuk filem ini. Dari filem seram dari seberang sebelum ini, rasa macam membazir. Hahaha... Peminat filem aksi dan kelakar, filem ni untuk anda. Yang suka aksi banyak, anda tidak digalakan tonton sebab babak membebel dalam cerita ni agak banyak jugaklah. Tapi bebelan yang penting dan teruja kita tengok. Bukan jenis yang meleret-leret tahap mengantuk. Next filem kami target nak tengok, Alien 2017. Tunggu review ringkas kami nanti.

Nota Kaki: David Beckham buat kemunculan khas dalam filem ni. Muka macho, tapi suara... errr... pemain bola yang femes-femes ni kebanyakannya memang suara tak macho ek? Si kembar pemain bola kat Malaysia ni pun suara alahai.... ops! Ampun!!!


Penilaian Team Kai Wayang H.Starz:

Aksi: ★★★☆☆
Sinematografi: ★★★★☆
CGI: ★★★★★
Plot: ★★★☆☆
Pelakon: ★★★★★
Keseluruhan: ★★★★✭

Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan