Selepas mengeluarkan perfume pertama dengan nama Neelofar perfume, Neelofar Hijab telah mengeluarkan perfume baru mereka dengan nama Rose Blush dan Vanilla Orchid. Tak pasti isian perfume ini dari pati minyak inspirasi atau tidak. Sebab, kalau ikutkan, banyak aje perfume inspirasi berbaukan Rose dan Vanilla kat luar sana.
Tak pasti isian perfume ini dari pati minyak inspirasi atau tidak. Sebab, kalau ikutkan, banyak aje perfume inspirasi berbaukan Rose dan Vanilla kat luar sana.
Jika sebelum ini Neelofar Hijab keluarkan perfume dengan kepekatan Eau De Parfume, namun untuk dua jenis perfume ini mereka keluarkan dengan kepekatan pati minyak wangi di tahap Eau De Toilette. Kalau anda pengemar minyak wangi, pasti anda tahu perbezaan EDP dan EDT. Malangnya, untuk harganya macam janggal! Kenapa perfume pertama Neelofar Hijabs yang botol ala-ala botol Chanel Coco tu, sama harga dengan perfume baru mereka? Adakah Neelofar Hijab memang tak ada ilmu dalam dunia perfume? Perfume antarabangsa di luar sana, biasanya versi EDP lebih mahal dari versi EDT kerana pati minyak wangi untuk EDP lebih banyak dari EDT. Sedangkan kuantiti untuk semua perfume Neelofar Hijab adalah sama, iaitu 30ml. Agak keliru kami di H.Starz. Adakah harga termasuk GST? Sedangkan sebelum ni pun dah ada GST.
Sejujurnya H.Starz tak pernah beli pun mana-mana perfume dari Neelofar Hijab. Sama ada yang lama atau yang baru. Tapi pernah cuba tester di kedai jamu di sekitar Miri Sarawak. Perfume Neelofar Hijab tak long lasting. RM50 untuk sebotol tu mungkin pada pembeli Malaysia ia harga mampu milik. Tapi hakikatnya, RM50 untuk 30ml itu adalah agak mahal sedangkan kualiti perfume mereka setaraf perfume inspirasi sahaja. Malahan ada perfume yang dijual di Watson lebih murah dan tahan lebih lama dari perfume mereka. Jadi, kenapa perlu bayar lebih untuk perfume kualiti yang lebih rendah?
Sebenarnya H.Starz bukannya nak menghentam perfume Neelofar Hijab. Sepatutnya, Neelfar Hijab keluarkanlah perfume yang setaraf antarabangsa. Bukannya jual mahal dengan kualiti yang cukup rendah. Kami di H.Starz masih tertanya-tanya, kenapa perfume artis Malaysia paling banyak pun mampu jual 30ml sebeotol? Nak jual lebih banyak takut rugikah? Britney Spears, JLo, Rihanna, dan artis-artis luar negara tu, kalau keluarkan perfume baru terus 50ml dan 100ml. Tak adanya mereka nak keluarkan perfume 30ml. Kalau ada pun, edisi khas bersama losyen dan gel mandi. Artis Malaysia aje jual perfume paling banyak pun 30ml dengan harga yang agak mahal sedangkan jual kat negara sendiri aje pun.
Kenapa perfume artis Malaysia paling banyak pun mampu jual 30ml sebeotol? Nak jual lebih banyak takut rugikah? Britney Spears, JLo, Rihanna, dan artis-artis luar negara tu, kalau keluarkan perfume baru terus 50ml dan 100ml.
Tapi, apa-apa pun, pilihan tetap di tangan anda. Tapi bagi H.Starz, ada sesetengah perfume artis Malaysia sangat rendah kelualitinya terutama dari segi pembungkusan dan pembotolannya. Menyedihkan. Sepatutnya anda selebriti harus pentingkan kualiti bukan pentingkan keuntungan sahaja. Dan ini komen pengguna yang kami di H.Starz terbaca tentang produk perfume terbaru Neelofar Hijab ini.
Apa-apa pun, tepuk dada tanyalah selera. Duit anda, hak anda untuk dilaburkan untuk apa yang ada suka. Kami sekadar berkongsi apa yang kami rasa sebelum ini tentang produk ini. Ternyata bukan kami seorang sahaja yang merasakan begitu.
0 comments:
Catat Ulasan