PENGABDI SETAN 2017 [Review]



Pengabdi Setan
Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah. Pada mulanya anak-anak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya.

Bahasa: Indonesia
Sarikata: Inggeris / Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 47 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Tara Basro, Bront Palarae, Dimas Aditya, Endy Arfian
Pengarah: Joko Anwar
Format: 2D


ULASAN GENG KAKI WAYANG H.STARZ

Bagi kami, remake filem ini dengan versi yang pertama adalah sangat berbeza. Hanya konsep cerita dan tajuk sahaja dikekalkan, tapi jalan cerita hampir 79% berbeza dari yang lama. Sejajar dengan peredaran zaman, sudah pasti yang versi 2017 ini lebih suspens, cemas, misteri dan seram berbanding yang versi pertama.

Watak Tony yang dibawa Endy Arfian juga ada iras-iras dengan watak yang sama dalam filem Pengabdi Setan versi yang pertama. Pada pendapat kami, latar waktu cerita yang berlaku pada 1982 kalau tak silap, membuatkan jalan cerita filem ini berlegar di kawasan yang sama.

Pengambaran di luar kawasan rumah adalah sangat terhad. Yalah, kami pun tahu kos untuk mengubah suasana sekarang menjadi suasana pada tahun 1982 adalah tinggi. So, lokasi penggambaran di luar hanya pada babak Rini turun dari bas dan ketika Budiman kemalangan. Kami yakin, mesti pengarah dan pihak produksi agak susah hendak mendapatkan lori, motosikal dan apa-apa sahaja barangan yang ada hanyap ada tahun 1982. Syabas kami ucapkan pada pihak produksi kerana berjaya sampaikan suasana 1982 itu walaupun penggambaran lebih banyak dibuat di dalam rumah.

Hampir 60% penggambaran dibuat di dalam rumah, dan selebihnya di apartment dan kawasan tanah perkuburan. Ada elemen 'James Wan' dalam filem ini. Karektor hantu ibu mereka disolek seakan hantu perempuan tua yang ada di dalam beberapa buah filem arahan 'James Wan'. Veal atau kain kasa yang menutupi wajah ibu mereka sama sepertiwatak hantu perempuan tua dalam filem Insidious.


Bagi kami lagi, filem ini bukan filem seram yang hantunya menakutkan. Tapi lebih kepada seram pada suasana dan babak terkejut sahaja. Audio terkejut yang sedikit lambat beberapa detik dengan babak 'sergahan' wajah hantu nenek dan hantu-hantu yang lain membuatkan babak suspens terkejut agak cacat sedikit. Tapi masih bisa terkejut dan seram. Bront Palarae sangat try to hard untuk bercakap dalam slanga Indonesia. Entah mengapa kami terfikir, artis Malaysia yang mahu berlakon di negara sana perlu fasih berbahasa Indonesia, tapi pelakon Indonesia tetap menggunakan selanga mereka dalam drama dan filem kita. Why? Tak faham aku.

Apa-apa pun, tak merugikan menonton filem ini.


Penilaian keseluruhan: ★★★✭☆






Download PENGABDI SETAN 2017, PENGABDI SETAN 2017 bluray 720p, PENGABDI SETAN 2017 bluray 1080p. PENGABDI SETAN 2017 dvdrip, PENGABDI SETAN 2017 hdrip, PENGABDI SETAN 2017 camrip, PENGABDI SETAN 2017 webrip, PENGABDI SETAN 2017 subtitles


Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan