Jeepers Creepers 3 (Review)


Jeepers Creepers 3
Berlatarkan di antara filem pertama dan kedua, Sheriff Dan Tashtego dan pasukan pemburunya meminta bantuan pegawai Davis Tubbs untuk menghapuskan Creeper buat selama-lamanya. Tetapi Creeper melawan dengan mengganas di ladang penduduk komuniti tempatan, setelah mengetahui manusia semakin hampir menemui asal usulnya yang gelap dan penuh misteri.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 42 Minit
Pengedar: RAM Entertainment
Pelakon: Jonathan Breck, Meg Foster, Gabrielle Haugh, Chester Rushing
Pengarah: Victor Salva
Format: 2D


ULASAN GENG KAKI WAYANG H.STARZ

Jika anda sudah menonton Jeepers Creepers 1 dan 2, mungkin anda perlu tengok yang chapter ke 3 ni. Apa yang boleh kami katakan, yang no 3 ni tidak bersambung dari nombor 2. Kalau yang nombor 2 watak dari yang nombor 1 muncul sekejap bagi amaran. Tapi yang ketiga ni, takder. Watak dari siri kedua mungkin dah mati. Yalah, selepas 23 tahun kemudian kan?

Kalau anda ingat, Jeepers Creepers 2, ending cerita, watak iblis tu berjaya disalibkan dan dibuat pameran. Tapi, dalam Jeepers Creepers 3 ni, entah ke mana iblis yang dah ditambat pada salib tu. Watak tiga orang yang melawat mayat iblis tu yang dah mereput di Jeepers Creepers 2 tak pasti ada atau tak kart Jeepers Creepes 3. Dah tak ingat.

Tapi ada jugalah watak-watak budak sekolah dari Jeepers Creepers 2 yang dah tua dalam cerita ni. Kebanyakan watak-watak dalam cerita ini adalah perwaris mangsa-mangsa iblis sebelum ini yang nak balas dendam. Tapi malangnya tak berjaya bila semua mati.

Apa yang boleh kami katakan, untuk Jeepers Creepers 3 ni, kesan khas lebih real, walaupun latar waktu dalam cerita ni masih waktu Malaysia baru-baru nak merdeka dulu.Rasanyalah... sebab semua jenis kereta, uniform polis dalam cerita ni semua konsep lama.

Selain kesan khas yang lebih menarik dan best, kesan bunyi juga menarik. Memang banyak babak terkejut dan cemas jika nak dibandingkan dengan yang no 1 dan 2. Cuma masa babak kereta polis tu berguling sebab kena bom dengan iblis tu, nampak sangat kartun. Hahaha...

Pengakhiran yang serupa seperti dalam Jeepers Creepers 2. Iblis tu tak dapat menamatkan misi mencari makannya dengan sempurna kerana waktu memburunya sudah tamat. Yang Jeepers Creesper 3 ni iblis tu tak sempat ambik tangan dia balik yang putus 23 tahun lalu kut, bila waktu memburunya sudah habis. Lepas tu tak pasti siapa yang simpan mayat iblis tu yang sudah membungkus balik. Dan tangan iblis tu tak pasti pada siapa. Kami berandian mungkin akan ada Jeespers Creepers 4.

Apa-apa pun memang suspens lah cerita ni. Asyik terkejut aje. Selain tu banyak jugak babak ngeri.

Penilaian keseluruhan: ★★★✭☆





Download Jeepers Creepers 3 (2017). Jeepers Creepers 3 (2017) bluray 720p, Jeepers Creepers 3 (2017) 1080p, Jeepers Creepers 3 (2017) dvdrip, Jeepers Creepers 3 (2017) HDrip, Jeepers Creepers 3 (2017) WEBrip, Jeepers Creepers 3 (2017) CAMrip, Jeepers Creepers 3 (2017) DVDrip, Jeepers Creepers 3 (2017) malay subtitles, Jeepers Creepers 3 (2017) indon subtitles
Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan