Paddington 2 [Review]


Paddington 2
Paddington yang kini tinggal bersama keluarga Brown di Windsor Gardens menjadi popular di komuniti mereka. Dia kemudian tertarik dengan sebuah buku di kedai antik Mr. Gruber dan mahu membelinya sebagai hadiah bersempena dengan hari jadi ke-100 makcik Lucy. Dia melakukan beberapa pekerjaan untuk membeli buku itu. Apabila buku itu dicuri, dia dan keluarga Brown mula menjejaki pencuri tersebut.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Genre: Animasi / Komedi / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 44 Minit
Pengedar: TGV Pictures, Square Box Pictures
Pelakon: Hugh Bonneville, Sally Hawkins, Brendan Gleeson, Julie Walters, Jim Broadbent, Hugh Grant
Pengarah: Paul King
Format: 2D

ULASAN GENG KAKI WAYANG H.STARZ

Kalau uols dah tengok Paddington 1 (2014), wajib tonton Paddington 2 ni. Kisahnya betul-betul bersambung dari kisah yang pertama. Di dalam Paddington 2 ni diceritakan macam mana Paddington ditemu semasa kecilnya dalam satu babak cemas tapi kelakar pada awal cerita.

Kalau yang pertama dah lawak, kaliyang kedua ni pun sama lawak. Konflik yang pertama lebih kepada dendam si anak peneroka, yang kedua ni pula kisah si ahli silap mata yang tamak haloba inginkan harta milik primadona silap mata yang pernah popular ketika di era kegemilangan ayah dia.

Lebih kepada pengembaraan ahli silap mata tu nak cari harta karun tu yang mana telah melibatkan Paddington. Tak tentu pasal Paddington kena tuduh mencuri pop-up book yang menyimpan klu untuk membuka peti harta karun milik primadona tu.

Seperti kebiasaannya, kebaikan pasti mengatasi kejahatan. Masa Paddington dalam jail pun ada babak kelakar sesama banduan. Cerita ni betul-buat buat weols tak kering gusi saat menontonnya. Elemen kekeluargaan dan persahabatan amat kukuh untuk cerita kali ini. Siapa sangka, resipi jem oren Paddington jadi kegemaran banduan-banduan yang ada kat jail tu.

Rasanya tak rugi uols semua tengok cerita ni. Di nasihatan kena ingat balik Paddington 1. Kalau tak tengok atau ingat balik, nanti uols tertanya-tanya, apa kaitan babak pertama tu dengan jalan cerita yang sebenar. CGI dan kesan khas dalam filem ini ada peningkatan dan lebih baik dari Paddington 1. Yalah, ikut peredaran zaman kan? Bagi weols, filem ini filem wajib tonton. Sesuai untuk bawa anak-anak tengok sekali.


Penilaian keseluruhan: ★★★★✭






Paddington 2 (2017) DVDrip, Paddington 2 (2017) HDrip, Paddington 2 (2017) HDcam, Paddington 2 (2017) Bluray 720p, Paddington 2 (2017) bluray 1080p, ganool. Paddington 2 (2017) malay substitles, Paddington 2 (2017) indonesia subtitles, Paddington 2 (2017) webrip, download full movie Paddington 2 (2017)

Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan