Beyond Skyline [Review]


Beyond Skyline
Ia adalah kesinambungan dari filem terdahulu, "Skyline" (2010). Kejadian di dalam filem ini berlaku pada waktu sama tetapi di lokasi tidak diketahui ketika penaklukan dunia oleh makluk asing. Mark yang merupakan seorang detektif terpaksa berusaha keras untuk membebaskan anak lelakinya Trent yang berada dalam kapal angkasa makhluk asing.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 30 November 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 47 Minit
Pengedar: Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd.
Pelakon: Frank Grillo, Bojana Novakovic, Iko Uwais, Callan Mulvey, Yayan Ruhian
Pengarah: Liam O'Donnell
Format: 2D

ULASAN GENG KAKI WAYANG H.STARZ

Bagi kami, filem ini sebuah filem menarik. Tiada babak meleret membebel terlalu banyak. 1 jam 47 minit tu memang sedang-sedanglah untuk filem ini. Aksi mendebarkan di sana sini. Setiap babak dan jalan cerita tak dapat ditebak oleh penonton. Kalau anda dah tengok Skyline sebelum ini, kena tengok kesinambungannya ini.

Sejujurnya kami tak tengok Skyline (2010) tuh. Terus tengok yang ini, tapi masih boleh faham. Cumanya dari mana datangnya makhluk asing itu dan di mana asal usulnya kami tak dapat nak tebak. Mungkin kami perlu tonton Skyline (2010) nanti.

Nak kata cukup rencah tu tidaklah. Tapi elemen kekeluargaan, kasih sayang sesama manusia, kasih sayang sesama manusia dan makhluk asing tu agak utuh dalam cerita ini. Ada babak sedih bila ada watak sanggup mengorbankan diri sendiri demi menyelamatkan yang lain.

Aksi, CGI, sinematografi kesan khasnya boleh lah dipuji walaupun tak sehebat mana. Jalan cerita yang cukup mencemaskan bila makhluk asing itu bergaduh sesama sendiri. Sedih saat anak dia mati di baham makhluk asing.

Terlalu banyak kata-kata kesat tapi, telah disenyapkan oleh pihak Finas. Syabas. Cuma babak ngeri yang terlalu banyak menjadikan filem ini sebuah filem untuk tontonan dewasa sahaja.

Keseluruhan : ★★★☆☆






Beyond Skyline (2017) bluray 720P, download Beyond Skyline (2017) bluray 1080P, Beyond Skyline (2017) HDCAM, Beyond Skyline (2017) HDrip, Beyond Skyline (2017) WEBrip, Beyond Skyline (2017) DVDrip, Beyond Skyline (2017)  malay subtitles, Beyond Skyline (2017) Indonesia subtitles, Beyond Skyline (2017) soundtrack

Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan