Wish Upon [Review]



Wish Upon

Seorang pelajar sekolah tinggi, Claire Shannon, tidak mempunyai kehidupan yang senang; ibunya telah membunuh diri 12 tahun lalu, bapanya seorang pengutip barangan buangan dan dia sering dibuli di sekolah. Satu hari, bapanya telah membawa balik sebuah kotak muzik misteri. Apabila Claire mendapati ia adalah kotak magik yang boleh menunaikan impiannya, dia mula menggunakannya untuk mencapai kehidupan sempurna seperti yang diinginkan. Sebagaimana permintaannya membawa kegembiraan dan kejayaan, orang di sekelilingnya mula mati dalam keadaan ngeri setiap kali dia membuat permintaan.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017
Genre: Fantasi / Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 31 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Joey King, Ryan Phillippe, Ki Hong Lee, Mitchell Slaggert
Pengarah: Stacy Keach
Format: 2D

Ulsan Geng Kaki Wayang H.Starz:

Watak dalam cerita ni budak high school. Kalau kat Malaysia, kiranya macam budak sekolah menengahlah. Citer Hollywood ni kalau konsepnya kisah budak-budak sekolah, mesti tak lari dari konsep, geng budak popular, geng budak nerd, geng budak kena keji dan kecam sentiasa. Lepas tu watak utama mesti dari geng budak nerd atau geng selalu kena keji nak feeling-feeling dengan hero dari geng budak popular. Gitulah konsep citer budak sekolah Hollywood dari dulu sampai sekarang walaupun angkasawan mereka dah ada yang sampai ke bulan. Siap dah pegi balik bulan macam pergi bercuti Malaysia ke London. Hahahaha...

Tajuk cerita dan poster dah menjelaskan jalan cerita dari mula sampai habis. Saat kami tengok trailer cerita ni pun kami dah dapat agak graf plot cerita dari awal dan akhir. Setiap permintaan perlu ada 'pembayaran'. Baca sinopsis kat atas pun kami garenti anda semua dah dapat agak jalan ceritanya macam mana. Terlalu straight forward dan tiada babak tanda tanya yang banyak. Cuma babak suspens tu banyaklah. Twist tak terlalu kekaboom. Hampir tiada sebenarnya. Babak twist hanya pada watak tambahan iaitu saat syaiton dari kotak music tu nak bunuh mangsanya. Dua mangsa dicantum dalam satu babak suspens yang buat penonton cemas siapa yang akan mati.

Babak kematian setiap babak boleh dipuji sebab sangat mencemaskan. Persis babak dalam siri Final Destination. Syaiton dari kotak music penunai permintaan itu membunuh setiap mangsanya dengan mencipta helah dan buka dengan memunculkan diri, cekik, isap darah lalu watak mati. Jalan cerita macam tu hanya berlaku untuk cerita seram Asian aje, kut? Hahaha...

Pemilik baru kotak music itu akan dapat 7 peluang permintaan untuk ditunaikan. Setiap permintaan yang telah ditunaikan perlu tuntutan darah. Darah tu pula darah dari mereka-mereka yang terdekat dengan pemilik kotak music tersebut - Claire. Selepas 7 permintaan ditunaikan, seperti yang kami dah terbak dari awal, pasti syaiton tu nak tuntut nyawa pemilik baru kotak music itu. Kalau syaiton tu tak buat macam tu, sejak mangsa pertama lagi syaiton tu dah tak berguna, kan?

Twist kematian emak Claire tu aje yang kami tak dapat jangka. Rupa-rupanya emak Claire mati bunuh diri sebab emak Claire pun jumpa kotak music tu jugak. Setiap mangsa yang jumpa kotak tu mesti mati bunuh diri. Bijaknya Claire ni, untuk permintaan ke-7, dia mintak dikembalikan semula pada hari sebelum dia menemukan kotak music tu supaya dia boleh ubah segalanya. Makanya, setiap permintaan dia yang nak kan crush dia tergila-gilakan dia, jadi kaya-raya, jadi femes kat sekolah dan semuanya hanya sebuah mimpi.

Namun, itu semua tetap tak mengubah syarat pada syaiton pada kotak music itu. Janji tetap janji. Mati tetap mati. Habis... babak cemas dan sedikit suspen dalam cerita ni boleh dipuji walaupun klise.


Penilaian Geng Kaki Wayang H.Starz:

Aksi: ★☆☆☆☆
Plot: ★★★☆☆
Suspens: ★★★☆☆
Seram: ★★✭☆☆
Pelakon: ★★★☆☆
Sinematografi: ★★★☆☆
KESELURUHAN: ★★★☆☆



Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan