War For The Planet Of The Apes [Review]




Filem ini mengikuti konflik di antara Caesar serta rakan beruknya dan tentera manusia yang diketuai oleh Kolonel yang kejam. Caesar yang bergelut dengan naluri gelapnya memulakan misi untuk membalas dendam selepas mereka kehilangan banyak nyawa dalam konflik itu. Dia kemudian mendapati dirinya bersemuka dengan Kolonel dalam satu pertempuran epik, yang akan menentukan bukan sahaja nasib kedua-dua spesis, tetapi juga masa depan planet Bumi.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017
Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 23 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer
Pengarah: Matt Reeves
Format: 2D, 2D ATMOS


Ulasan Geng Kaki Wayang H.Starz:

Sambungan Dawn of the Planet of the Apes ini mungkin aksinya dan konfliknya tidak sehebat yang pertama kerana War For The Planet Of The Apes lebih mengisahkan tentang pertempuran antara beruk dan manusia. Dawn of the Planet of the Apes dulu banyak elemen kekeluargaan dan setiakawan antara beruk bagi menentang manusia. Tapi War For The Planet Of The Apes lebih kepada dendam Caeser menentang manusia (Kolonel) kerana telah membunuh anak-anaknya termasuk isterinya. Dalam tak sedar rasa dendam dia sama seperti musuhnya sebelum ini seraya melanggar perinsip dirinya yang tak suka peperangan.

Tapi, kalau ahli keluarga kita kena bunuh dengan kejam, masakan kita boleh bersuka ria tanpa ada rasa apa-apa, kan? Bengang dan geram termasuk dendam itu sudah semestinya ada. Tapi dari sisi kami melalui cerita ini, kehidupan beruk dalam cerita ini sama bijak seperti manusia. Sebaliknya, beruk lebih bersikap perikebinatangan dan perikemanusiaan berbanding manusia sendiri. 

Beruk dan manusia di dalam cerita ini digambarkan punya akal setanding manusia. Bezanya, beruk ni tak ada rasa malu sebab tak berpakaian manakala manusia lengkap berpakaian. Itu ajelah. 

Permulaan cerita memang banyak menggunakan skrip bisu. Babak lebih banyak di persekitaran beruk yang berkamunikasi melalui bahasa isyarat yang hanya mereka sahaja yang faham

Tabik spring pada pelakon layar hijau yang memegang watak bagi setiap watak beruk yang ada kerana berjaya mengapressikan dialog bisu mereka melalui bahasa tubuh, riak wajah dan emosi yang cukup berkesan. Menitis air mata kami saat di hujung-hujung cerita. Saat beruk yang khianat akhirnya sedar telah salah langkah dan korbankan diri sendiri untuk selamatkan spisis mereka sendiri.

Penuh debar dan keterujaan jalan ceritanya walaupun sejam awal lebih banyak babak bisu berbanding aksi. Namun, babak bisu itu sangat memberi impak pada penonton dan buat penonton teruja nak tengok dan tiada rasa mengantuk yang terlalu tebal. Menguap? Ada beberapa kali. Tapi menguap sebab lapar kut? 

Happy ending cuma... tetap sedih bila ada yang terkorban. Adakah filem ini akan bersambung? Nasib Caeser yang kena panah tu tak tahu mati ke hidup. Tunggu ajelah khabar tentang filem ini andai ada sambungannya.


Pernilaian Geng Kaki Wayang H.Starz:

Aksi: ★★★★☆
CGI: ★★★★✭
Kelakar: ★★★☆☆
Sinemetografi: ★★★★☆
Plot: ★★★☆☆
Pelakon: ★★★☆☆
Suspens: ★★★☆☆
KESELURUHAN: ★★★★☆



Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan