Baby Driver [Review]



Baby Driver

Seorang pemuda yang mempunyai skil memandu yang bagus dipaksa untuk bekerja dengan seorang ketua penjenayah. Dia kemudian mendapati dirinya telah terlibat dalam satu rompakan yang mengancam hidup, cinta dan kebebasannya.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 20 Julai 2017
Genre: Aksi / Komedi / Jenayah
Durasi: 1 Jam 53 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Ansel Elgort, Lily James, Jamie Foxx, Jon Hamm, Kevin Spacey, Eiza González
Pengarah: Edgar Wright
Format: 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX

Ulasan Geng Kaki Wayang H.Starz:

Cerita ni buka kisah budak bayi jadi pemandu. Tapi kisah lelaki yang bernama timangan B.A.B.Y. = Baby yang hebat dalam menandu kereta. Cuma kehabatannya telah disalah gunakan oleh ketua perompak untuk merompak bank-bank yang ada di sekitar negara kelahiran mereka. Nama sebenar Baby dalam cerita ni adalah, MILES. Kelebihannya sesuai dengan namanya. Kekurangan Miles adalah, dia ada masalah pendengaran dan memerlukan music untuk menyempurnakan misi yang diberikan kepadanya.

Aksi di dalam filem ini boleh dipuji. Seakan siri Fast And Farious. Tapi F&F tetaplah hebat. Kalau aksi drift dalam cerita ni lebih hebat dari F&F, kena kecam pula nanti. Mungkin disebabkan hero dalam cerita ni tak sesado, sekacak macam filem Hollywood yang lain membuatkan filem ni macam slow sikit letupannya walaupun pelakon-pelakonnya dah gigih buat promosi kat Malaysia beberapa hari yang lalu.

Walaupun watak utama yang ada di dalam filem tak lebih pun dari 10 orang, tapi konsep ceritnya agak unik. Elemen music yang ada di dalam filem ini membuatkan filem ini berbeza dengan filem aksi Hollywood yang lain. Sekilas persis filem Guardian of The Galaxy pulak, sebab music-music yang dipilih di dalam filem ini semuanya music dari penyanyi-penyanyi lama.

Ada juga babak sedih (sedikit) di hujung cerita saat dia menyelamatkan lelaki tua bisu yang tinggal bersamanya selama ini. Walaupun touching, tapi tak sampailah menitiskan air mata. Elemen cinta tetap diselitkan sebagai tunjung utama cerita. Disebabkan cinta Baby sanggup mengabaikan tanggungjawabnya dan membuatkan semua angota perompak mereka mati.

Geram juga kami dengan watak negro yang ada dalam cerita ni. Selfish dan tak sedar diri. Puas bila Baby berjaya bunuh negro ni dengan rasa geram dan benci. Disebabkan cinta juga, Baby sanggup dihukum penjara 25 tahun atas jenayah yang telah dia lakukan. Tak berapa nak happy ending sebab cinta baby dengan gadis pelayan restoran itu tidak bersatu pun hujungnya. Tak tahulah pulak kut-kut ada sambungannya, kan?

CGI tak berapa banyak dan gempak, tapi sinematografi dan taktik angle camera cukup terbaik. Cuma... ke mana perginya watak budak kecil bernama 'Sam' tu? Halusinasi Baby dengan bos dia ke apa? Apa tujuan sebenar mereka merompak dan terus merompak? Untuk apa? Untuk beli senjata? Persoalan itu tidak terjawan dengan jelas di dalam filem ini. Apa-apa pun filem ni kami rekomendasi untuk ditonton kalau dah tak tahu nak tengok citer apa. 


Penilaian Geng Kaki Wayang H.Starz:

Aksi: ★★★★☆
Plot Cerita; ★★★☆☆
Pelakon: ★★★☆☆
CGI: ★★★☆☆
Sinematografi: ★★★☆☆
Konsep Cerita: ★★★★☆
KESELURUHAN: ★★★✭☆



Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan