Perfume FASHA SANDHA SPECIAL EDITION [Review]


23 MEI 2017 - Beberapa minggu lepas, sudah tersebar tentang perfume terbaru Fasha Sandha Special Edition yang sudah mula diedar ke stokis dan agen mereka secara meluas ketika ini dengan menggunakan rekaan botol dan label  botol yang sama seperti perfume Fasha Sandha Dubai. Cuma kotak dan harumannya sahaja berbeza. Adakah disebabkan pihak founder (D'Haja) terlebih order botol yang sama tapi tak habis jual makanya mereka keluarkan haruman berbeza dengan botol yang sama? Kelemahannya? Akan di ulas sebentar tadi.

Rekaan lebal dan botol sama dengan perfumenya sebelum ini.
Sebelum kami dari Geng Giler Perfume ulas tentang bau dan ketahanan perfume ini, kami ulas dulu tentang pembungkusannya. Agak mengecewakan bila mana pihak D'Haja menggunakan botol dan rekaan label pada botol yang sama seperti perfume Fasha Sandha Dubai. Tak percaya sila Google. Di sini, pengguna akan terkeliru akan dua haruman Fasha Sandha ini jika tidak dihidu terlebih dahulu.

Hanya rekaan grafik pada kotak sahaja diubah sedikit dari segi latar belakangnya dan warna. Yang lain sama tiada beza. Amboi, nak cut cost ke apa, guna design yang sama aje ni? Walaupun rekaan botolnya eksklusif, tapi bila tidak dibezakan dari segi warna dan grafik pada label botol membuatkan perfume ini tiada bezanya dengan perfume Fasha Sandha 'Dubai'  selain kotak dan harumannya.

Sepatutnya, pihak D'Haja kalau malas nak tukar design dan warna botol pun, tukarlah design grafik pada botol tu. Janganlah sama macam Fasha Sandha Dubai. Pengguna keliru nanti. Takdenya pengguna gigih nak keluar masukan botol dalam kotak setiap kali nak guna.

FASHA SANDHA 'DUBAI'


Harga yang releven dan mampu milik.
Bestnya tentang perfume dari Fasha Sandha ni, perfume beliau adalah perfume artis Malaysia termurah buat masa ini (tidak termasuk perfume artis yang berjaya masuk Watsons). Untuk 30ml, harga yang diberikan hanya RM39 sahaja. Ada seller jual siap postage harga RM39 tu. Ini bermakna kos untuk satu botol perfume 30ml artis Malaysia ni tak adalah mahal sangat. Silap-silap kalau keluarkan banyak dapat RM8 sebotol.  Jadi, kat sini jelasklah mana-mana artis yang jual perfume mereka hampir RM50 dan lebih untuk 30ml tu, feeling-feeling nama mereka ada value. Wal hal isi perfume standard inspired perfume aje pun. Hahaha..

Haruman FASHA SANDHA SPECIAL EDITION sekali lagi TIADA ORIGINALITI.
Disebabkan perfume Fasha ni murah, kami tak rasa terkesanlah kalau D'Haja guna pati minyak wangi inspired perfume. Lainlah 30ml harga RM60 tapi inspired perfume aje pun. Founder kaya raya guna label orang lain. Macam indah kat dunia aje tu. Hahaha...

Jika perfume Fasha Sanda 'London' yang botol ala-ala perfume Remy Ishak dan Chanel Chance tu inspired perfume Miracle by Lancome, perfume Special Edition ni juga inspired perfume jenama terkenal juga. Malahan ada dua artis Malaysia telah memilih bau yang sama!!! Why??? Nak tahu perfume ni sebijik dengan perfume apa? Tekan butang 'Buka' di bawah.




Perfume FASHA SANDHA SPECIAL EDITION ni saling tak tumpah baunya seperti perfume Incanto Shine by Salvatore Ferragamo, Bombshell by Victoria's Secret, Kriez by Kaka Azraf dan Lovable by Erra Fazira. Kami tak faham, sebenarnya siapa yang pilih bau perfume artis Malaysia ni? Kenapa perlu pilih bau yang selamat? Takut tak laku?

Memang tak dinafikan, Bombshell by Victoria's Secret adalah antara perfume bestseller Victoria's Secret. Kami di Geng Giler Perfume pun suka dengan Bombshell by VS ni. Bau dia fresh citrus yang best. Tapi, versi yang original pun tak long lasting walaupun Eau De Parfume, ini kan pula versi inspired? Adakah perfume Fasha Sandha Special Edition ini mampu menewaskan Bombshell tahap long lastingnya? Teruskan membaca. Apa yang pasti, Inconto Shine tu walaupun mahal dan berjenama, tak long lasting langsung. Macam 30 minit lepas sebur, totally gone!

Perfume Fasha Sandha Special Edition ni sesuai untuk mereka yang suka bau buah nanas yang fresh dan citrus yang segar.


Ketahanan perfume ini sesuai dengan harga.
Selepas diuji perfume ini, tahap long lastingnya pada kadar boleh dibanggakan, Sembur pada kulit manusia (lengan dan tengkuk) boleh bertahan sehingga 3 jam, manakala sembur pada pakaian bertahan hampir 4 jam bau yang masih kuat dan hampir 12 jam bau yang masih boleh dihidu dari jarak dekat. Sesuailah untuk dipakai harian dan paling sesuai untuk mereka yang suka sembur perfume banyak kali. Selain murah, bau yang tidak terlalu menyengat membuatkan si pemakai tidak menyebarkan bau yang menyengakkan hidung andai kerap memakainya.

Tahap rekomendasi
Kepada peminat perfume dan peminat Fasha Sandha, tak rugi memiliki perfume ini sebagai koleksi anda. Kalau nak pakai seharian bawa pergi kerja, baik beli perfume yang lebih murah dengan kualiti yang sama di drugstores berhampiran. Perfume ni cuma 30ml untuk RM39. dikira mahal lagi tu sedakangkan kat drugstores, masih ada jual perfume yang kualitinya sama dengan harga RM14 untuk 100ml. Kenapa perlu berbelanja lebih untuk perfume kualiti yang sama untuk haruman seharian anda?


Penilaian Geng Giler Perfume H.Starz untuk perfume FASHA SANDHA SPECIAL EDITION:

Pembungkusan: ★★★☆☆
Originality kotak dan botol: ★★★☆☆
Originaliti bau: ★☆☆☆☆
Label pada botol: ★★☆☆☆
Ketahan bau pada kulit manusia: ★★☆☆☆
Ketahanan bau pada fabrik/pakaian: ★★★☆☆
KESELURUHAN: ★★✭☆☆




Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan