Pirates Of The Caribbean: Salazar's Revenge [Review]


Pirates Of The Caribbean: Salazar's Revenge

Apabila Kapten Salazar dan kru lanun hantunya berjaya meloloskan diri dari Devil Triangle, mereka nekad untuk menghapuskan semua lanun di laut termasuk Kapten Jack Sparrow. Untuk menyelamatkan diri dari musuh lama, Jack kini perlu mencari Trident of Poseidon, artifak berkuasa yang membolehkan pemiliknya menguasai laut. Tetapi untuk mendapatkan artifak itu dia perlu bekerjasama dengan ahli astronomi jelita, Carina Smyth, dan pelayar Royal Navy yang keras kepala, Henry.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 9 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Johnny Depp, Javier Bardem, Orlando Bloom, Brenton Thwaites, Kaya Scodelario, Kevin McNally, Geoffrey Rush
Pengarah: Joachim Rønning, Espen Sandberg
Format: 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX


Ulasan Geng Kaki Wayang H. Starz:

Sama hebat dengan filem siri ini yang sebelum ini. Itu yang boleh kami katakan. Jalan cerita sahaja yang bebeza. Tapi, lokasinya masih sama, di lautan. Dah nama kisah lanun, kan? Makanya, di lautanlah tempatnya. 

Nak tahu jalan ceritanya macam mana boleh baca sinopsis di atas. Sebuah pengembaraan mencari artifak yang maha hebat dan penuh dengan cabaran. Suspens, berdebar, teruja, rasa ingin tahu dan takjub dapat kami rasakan saat menonton filem ini.

Diseliti babak komedi yang akan buat anda tidak kering gusi dengan teletah Jack Sparrow yang sememangnya lucu dalam cerita ini. Kalau Johnny Depp masuk Maharaja Lawak Mega, memang ada harapan memang. Dia pandai buat memek muka selamba dan marah tapi... kelakar.

Elemen sedih turut diselitkan di hujung cerita bila terbongkarnya siapa sebenarnya ayah kandung Carina. Tatu lukisan bintang di lengan salah seorang kapten lanun telah membongkar rahsia yang ingin dirungkai oleh Carina seja kecil. Pengorbanan yang cukup menyanyat hati. Menitis air mata kami di hujung filem ini. Nak tahu sebab apa, kenalah tengok.

CGI dan kesan khas di filem ini memang terbaik. Rasanya bertahun-tahun filem ni nak disiapkan kut? Dan berbaloi dengan pelaburan itu. Nampak realistik sekali kesan khas di dalam filem ini. Laut yang terbelah dua pun nampak real walaupun membohong semata-mata.

Tahap rekomendasi kami, kepada mereka yang mengikuti siri Pirates Of The Caribbean sebelum ni, kena tengok yang ini. Punyalah cute watak Johnny Depp masa di babak masa dia muda mudi. Jambu giler! Apa-apa pun, filem ni memang terbaik!


Penilaian Geng Kaki Wayang H.Starz untuk filem Pirates Of The Caribbean: Salazar's Revenge:

Aksi:★★★★☆
Sinematografi: ★★★★☆
CGI & Kesan Khas: ★★★★★
Pelakon: ★★★★★
KESELURUHAN: ★★★★✭




Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan