Mampukah #fattzura menewaskan #lofattah?



22 MEI 2017 - Seperti sedia maklum, drama bersiri adaptasi novel bertajuk HERO SEORANG CINDERELLA bakal bersiaran di Astro malam ini jam 10 malam lakonan hebat Fazura dan Fattah Amin. Sejak pengambaran untuk drama ini dimulakan, sudah mula tercetus aura drama ini di media sosial sehingga terciptanya hashtag #fattzura.

Mampukah #fattzura menewaskan aura #lofattah yang yang agak fenomena sebelum ini? Sama-sama kita nantikan. Buat masa ni hash tag #fattzura masih belum worldwide lagi. Tapi dari hasil temu ramah pihak HLive pada Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini, keluar dari mulut Fazura sendiri yang dia tidak percaya dengan cinta lokasi. Yang mana, membawa kesan pada riak wajah Fattah Amin ketika itu.

Dan di dalam video temu ramah itu juga (tonton video temu ramah HLive itu klik ini), Fattah Amin terlepas cakap, "MACAM MANA NI SAYANG?" semasa pengacara rancangan tersebut meminta Fattah beri 'pick-up lines' pada Fazura. Adakah Fattah Amin syok sendiri dengan Fazura? Sebab tiada cahaya 'suka' di raut wajah dan sinar mata Fazura kosong saat memandang Fattah Amin. Itu cuma apa yang kami nampak. Isi hati masing-masing siapa tahu, kan?

Adakah #fattzura bakal menjadi fenomena seperti #lofattah sebelum ini? Sama-sama kita nantikan. Harap-haraplah takde peminat yang terlalu taksub sampaikan nak buat solat hajat untuk mereka bersatu. Baik kau buat solat hajat untuk diri ko sendiri dek. Solat hajat jodoh korang baik ke? Jodoh sampai cepat ke? Hahaha... peace yo!




Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan