Ghost-Danur: I Can See Them [Review]


Ketika ulang tahun kelapannya, seorang budak perempuan bernama Risa telah membuat permintaan untuk mempunyai rakan supaya dia tidak berasa sunyi lagi. Bagaimanapun ibunya, Elly, mula mengesyaki sesuatu apabila anak perempuannya sering bergelak dan bermain seorang diri. Dengan bantuan rakan Elly, Risa dipaksa untuk meninggalkan rumah neneknya. Sembilan tahun kemudian Risa perlu pulang semula ke rumah neneknya dengan adiknya Riri. Ketika ini kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku dan secara tiba-tiba Riri hilang. Risa kini perlu menyelamatkan adiknya daripada enititi jahat yang merancang membawa Riri ke dunia lain.

Bahasa: Indonesia
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 4 Mei 2017
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 19 Minit
Pengedar: Antenna Entertainments
Pelakon: Prilly Latuconsina, Emilio Fernando Cortizo, Kinaryosih, Kevin Bzezovski
Pengarah: Awi Suryadi
Format: 2D

Ulasan ringkas team H.Starz:


Klise. Jalan cerita yang dah biasa orang buat. Kisah watak utama yang berkawan dengan hantu. Konflik tak berat. Ada babak yang boleh ditebak, dan ada babak yang tak dijangka. Tapi bukan sesuatu yang baru atau mengujakan. Roh jahat, terlepas disebabkan sikatnya dijumpai budak perempuan tu mungkin sesuatu yang baru.

Seram? Langsung tak. Lebih kepada terkejut sahaja. Kalau nak bawa anak tengok cerita di pun tak kisah. Hantunya tak mengerikan langsung. Jalan cerita hanya berlaku di dalam banglo dan di bawah pokok beringin. Itu sahaja lokasinya. Ada watak yang hilang begitu sahaja. Iaitu, nenek kepada Risa. Apa nasib nenek tu pun kami tak tahu. Ending macam tergesa-gesa dan krik krik sangat. Tapi kira okeylah sebab tak mengantukan. Kalau yang suka cerita seram ekstrim macam filem James Wan, anda akan kecewa dengan filem ini. Tapi kalau suka cerita seram-seram manja, filem ni sesuai untuk anda.



Penilaian H.Starz Crew:

Tahap Seram: ★☆☆☆☆
Sinematografi: ★☆☆☆☆
Suspens: ★★☆☆☆
Babak Terkejut: ★★★☆☆
Keseluruhan: ★★☆☆☆


Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan