FAZURA bakal berduet dengan FATTAH AMIN?


Khabarnya, FAZURA bakal berduet dengan FATTAH AMIN untuk single terbarunya yang akan dijadikan lahu tema drama lakonan mereka bertajuk Hero Seorang Cinderella. Namun, khabar itu telah mengundang rasa meluat di kalangan nitizen yang tidak mengemari kedua-dua pelakon ini menceburkan diri dalam bidang nyanyian kerana mereka berdua memang tiada bakat dalam bidang itu.

Ada bakat yang boleh di asah, ada bakat yang memang tak boleh diasah. Itulah namanya tiada manusia yang sempurna. Macam Dato' Siti Nurhaliza, bakatnya hanya dalam bidang nyanyian, bila belakon dia nampak sangat janggal. Boleh tonton lakonan sekejapnya di dalam video klip Debaran Cinta, Spa Q 2, dan beberapa video klipnya yang lain. Kalaulah Dato' Siti Nurhaliza boleh berlakon, rasanya, semua anugerah yang ada di Malaysia ni dia sapu bersih.

Jadi, lebih baik kita sedar diri akan kekurangan kita dan jangan terlalu yakin yang kita ada semua bakat dalam bidang seni. Kerana, anda membuat lagu dan menyanyi bukan untuk pendengaran telinga anda dan peminat anda sahaja. Kalau macam tu pihak radio tak bolehlah mainkan lagu anda sesuka hati. Takut ada yang meluat.

Komen dari H.Starz untuk Fazura dan Fattah Amin, dunia dah maju, software auto tune dah melambak kat internet. Suara tak sedap pun boleh jadi sedap. Teruskan niat anda. Berikut adalah maklum balas nitizen mengenai hasrat murni Fazura yang mahu berduet dengan Fattah Amin.




Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan