Spider-Man: Homecoming (Review)




Spider-Man: Homecoming

Susulan daripada kejadian dalam "Captain America: Civil War", Peter Parker pulang ke rumah di mana dia tinggal dengan Aunt May. Di bawah mentornya, Tony Stark, dia mula mempelajari untuk mengimbangi dunianya sebagai seorang pelajar dan juga adiwira. Peter cuba kembali kepada rutin harian normalnya tetapi apabila penjahat bernama Vulture muncul, semuanya terjejas.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 Julai 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Durasi: 2 Jam 13 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr., Michael Keaton, Jon Favreau
Pengarah: Jon Watts
Format: 2D, 3D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX


Ulasan dari Geng Kaki Wayang H.Starz:

Entahlah, mungkin kami terlalu mengharap terlalu tinggi untuk filem ini sehinggakan teruja bukan main masa tengok siap gigih Membazir RM11.65 untuk set popcorn dan air. Namun, bila cerita mula, kami terus menanti dengan rasa tak sabar nak tengok sebab kami tengok trailer filem ini bukan main hebat dan meletop-letop.

Lima minit berlalu, kami terus sabar menanti. 15 Minit kemudian, dah ada di antara kami yang menguap. setengah jam kemudian, dari laju suap popcorn ke mulut dah mula slow. Sejam kemudian, ada di antara kami keluar ke toilet. Bukan nak buang air, tapi... topup lipstick kut-kut pudar dek makan popcorn. Sejam setengah kemudian, kami masih menonton. Biasanya kalau cerita tu best, kami gigih tahan kencing sebab tak nak tertinggal sebabak pun. Tapi filem ni?

Apa-apa pun lain orang lain citarasanya, kan? Tapi bagi kami, filem ni macam filem cinta remaja terbitan Disney. Kisah hero nak pikat budak perempuan satu sekolah dia. Ya, kami faham watak utama cerita ni Peter Parker baru berusia 15 tahun, so kisah hidupnya masih alam remaja. Tapi... jalan cerita macam tu buat secebis dari kisah The Avangers ni macam lari konsep gitu.

Tak ada babak yang teruja langsung! Babak-babak kelakarnya pun sesuatu yang dah dapat diagak dan dah biasa sangat. Perlawanan di dalam filem ini pun tak sehebat mana pun bagi kami. Mungkin pada pengemar Spiderman cerita ni best kut? Pada kami macam tak ada arah tuju. Sekejap nak melawan si jahat? Sekejap nak ushar budak perempuan. Stress...

Apa-apa pun, pada kami cerita ni bolehlah untuk dilayan dari takada. Sangat mengecewakan! Tapi bab CGI. plot cerita, pelakon masih boleh dipuji.

PENILAIAN:
Aksi: ★★★✭☆
Plot: ★★✭☆☆
Sinematografi: ★★✭☆☆
Pelakon: ★★✭☆☆
KESELURUHAN: ★★☆☆☆




Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan