Wonder Woman [Review]


Wonder Woman

Diana adalah seorang puteri Amazon yang dibesarkan di sebuah kepulauan dan dilatih untuk menjadi pahlawan terulung. Selepas seorang juruterbang Amerika, Steve Trevor, terhempas di pulau tersebut, dia telah memberitahu Diana mengenai perang dunia yang sedang berlaku. Diana kemudian meninggalkan kampung halamannya untuk cuba menghentikan peperangan tersebut.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Durasi: 2 Jam 17 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Robin Wright, Danny Huston, David Thewlis, Connie Nielsen, Elena Anaya, Lucy Davis
Pengarah: Patty Jenkins
Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX


Ulasan Geng Kaki Wayang H.Starz:

Sangkaan kami mengenai filem ini agak meleset. Tipikal anggapan kami dalam filem ini adalah, wonder women menentang kekuatan si jahat (lelaki), lalu wonder women menang, si jahat mengalah lalu jadi hamba pada Wonder Women. Jika anda menganggapan filem ini jalan ceritanya begitu, sila lupakan. Sesungguhnya lain!

Wonder Women adalah kisah mengenai seorang dewa yang mencintai kedamaian dan keamanan. Walaupun filem ini telah di ban di beberapa buah negara disebabkan pelakon utama dalam filem ini yang memegang watak sebagai Wonder Women penyokong tentera Israel, namun kami tak nak sentuh isu tu.

Kami di sini ingin sentuh perihal jalan cerita dalam filem ini sahaja. Banyak elemen diterapkan selain cinta sesama lelaki dan perempuan. Turut diselitkan semangat setia kawan, kekeluargaan, keamanan, dan persaudaraan. Latar waktu cerita adalah ketika zaman peperangan Tentera Jerman cuba serang Kerajaan British kut? Kami agak konfuse2 tentang itu. Sah2 semua failed sejarah. Hahahaha...

CGI dalam cerita ni memang terbaik. Tak boleh disangkal lagi. Cuma pada babak-babak gerak pantas ketika watak Waonder Women terpelanting, bergerak laju dan seangkatan dengannya, nampak sedikit 'cartoon' dalam visualnya. Namun, untuk gerak perlahan, MEMANG OHSEM! Teruja giler kentang masa tengok babak-babak slow motion dalam filem ni.

Ketidaklogikan yang terlalu ketara adalah, Wonder Women kekal cantik walaupun bertarung di kawasan berlumpur, berapi, tercampak, meletup, badan keluar elektrik dan sebangainya, rambutnya tetap maintain gulung-gulung macam lepas keluar dari saloon. Kulit terus mulus macam baru telan satu gudang produk pelembut kulit. Yang penting, bibir tetap mungil dengan lipstick yang indah. Mungkin dia seorang dewa, jadi dia kalis segalanya, mungkin?

Terselit elemen cinta tak kesampaian yang trrajis dan sedih di hujung cerita. Salah satu watak utama mati disebabkan mahu selamatkan dunia. Babak twist di hujung cerita memang menarik iaitu ketika Diana tak dapat dengar apa yang Steve katakan pada dia. babak tu, memang menarik. Dan Diana hanya dapat ingat semula kata-kata Steve masa dia di ambang kekalahan. Namun, semuanya dah terlabit. Kata 'I love you' dari Steve hanya dapat diingat bila Steve dah.... kenalah tengok sendiri okey? Terbaik filem ni! Rugi tak tengok.


Penilaian Geng Kaki Wayang H.Starz:

Aksi: ★★★★✭
Plot: ★★★★✭
Sinematogrrafi: ★★★★☆
Pelakon: ★★★★☆
KESELURUHAN: ★★★★☆




Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan