The Secret for HER by RANDY PANGALILA (Review)


19 MEI 2017 - Pada 23 Februari 2017 lalu, pelakon dan penyanyi popular dari Indonesia, Randy Pangalila yang popular menerusi lakonannya dalam drama Dalam Hati Ada Taman dan Benci Vs Cinta telah melancarkan perfume pertamanya di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Bukan sekadar merasmikan perfume pertamanya, beliau turut melancarkan album terbarunya yang berjudul 'The Secret'.

Nama perfume pertamanya juga telah angkat dari tajuk album terbarunya iaitu, 'The Secret'. Bukan sekadar perfume dan album baru sahaja, khabarnya Randy turut mengeluarkan buku tips kesihatan dan penjagaan badannya dengan tajuk yang sama. Kombo terus tiga jenis produk uols! Kelas tak? Penaja sana sini kalau jadi orang popular ni.

Walau bagaimana pun, posting ni hanya akan mereview perfume 'The Secret' by Randy Pangalila FOR HER SAHAJA. For men biarlah blogger lain yang review. Perfume yang telah dikeluarkan oleh pihak Bellessa Beautycare selaku founder ini mempunyai dua versi iaitu versi untuk lelaki dan wanita dengan rekaan botol yang sama. Cuma dibezakan dengan warna botol sahaja. Haruman lelaki dengan botol gelap tidak tembus pandang. Manakala untuk perfume wanita, Botol tembus pandang yang boleh kita lihat isinya yang berwarna biru cair. Hanya dikeluarkan dengan kuantiti 30ml jenis Eau De Parfum untuk kedua-dua versi.

Sangatlah comel botolnya. Itu tidak dinafikan. Cuma rekaan botolnya tidak eksklusif memandangkan ada haruman (inspirasi) dari jenama lain telah menggunakan rekaan botol ini. Jenama apa biarlah menjadi rahsia kami. Perfume ini guna botol jenis refill yang mana tudung semburannya boleh dibuka. Jadi risiko untuk isi perfume leaking di dalam handbag amat-amatlah tinggi. Jadi, sila berhati-hati.

Cetakan lebal pada botol juga agak tidak berkualiti kerana mudah terhakis andai terkikis atau berlaga dengan objek keras. Perfume yang kami dapat huruf 'P' pada 'Pangalila' ada bahagian yang sudah terhakis. Jadi huruf 'P' pada nama itu sudah tidak sempurna. Di situ kekurangan yang amatlah jelas.

Tapi, rekaan kotaknya memang eksklusif dengan huruf emas dan ada cebisan lirik lagu di bahagian dalamnya. Memang boleh dipuji. Kesklusifnya perfume ini dijual dengan pemberian percuma album Randy Pangalila 'The Secret'. Selain itu perfume ini hanya dijual di Malaysia sahaja buat masa ini dan belum atau mungkin tidak masuk pasaran Indonesia kut?

Bagaimana dengan baunya? Kepada wanita-wanita di luar sana yang suka bau dalam kategori citrus seperti lemon, limau atau nenas, perfume ini memang sesuai untuk anda. Bau citrus yang fresh. Ada bau bunga garnedia sikit bila dah dry down. Tapi aroma citrus tetap masih menguasai bau sehingga ke hujungnya.

Buat masa ni geng giler perfume kami tak dapat detect bau perfume ni sama dengan perfume jenama antarabangsa lain atau tidak. Tapi apa yang pasti, baunya terlalu biasa dan senang kita bau di drugstores di bahagian perfume. Perfume ni mengingatkan kami bau perfume di bahagian perfume di Watson, Guardian dan supermarket terkenal di negara ini. Jadi, baunya terlalu biasa dan sesuai untuk dipakai harian.

Tahap long lasting pula, boleh dipuji. Jika anda sembur pada pakaian, boleh bertahan lebih enam jam. Tapi, jika disembur pada kulit (lengan, tengkuk), dalam masa sejam lebih, totally gone! Jadi, digalakan pakai pada pakaian. Tahap saranan, kami sarankan peminat Randy Pangalila miliki perfume ni sebab baunya tak berapa nak inspired sangat dengan perfume antarabangsa yang ada. Tapi, jika ada perfume yang bau sama di jual di Watson atau Guardian dengan harga yang lebih murah, kenapa perlu berbelanja lebih, kan? Jadi, semuanya terletak di tangan anda sebagai pengguna.

Penilaian Geng Giler Perfume H. Starz.

Pembukusan: ★★★✭☆
Rekaan kotak: ★★★★☆
Originaliti rekaan botol: ★★✭☆☆
Originaliti bau: ★★★☆☆
Ketahanan bau pada kulit manusia: ★★☆☆☆
Ketahanan bau pada fabrik atau pakaian: ★★★✭☆
KESELURUHAN★★★☆☆



Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan