The Lost Case (Review)




The Lost Case

Dua pekerja baru di sebuah syarikat produksi yang menerbitkan rancangan TV popular "Ghost Doctor TV" telah diarahkan untuk menerbitkan satu episod. Selalunya tetamu bagi rancangan TV itu percaya yang mereka dirasuk oleh hantu dan akan ditolong menerusi satu ritual oleh bomoh dari syarikat itu. Kedua-dua mereka kemudian mengambil satu kes di mana isteri seorang lelaki bersikap pelik sejak anak mereka membunuh diri. Ketika kedua-dua mereka melakukan temubual untuk mengetahui situasi pasangan itu, perkara aneh mula berlaku kepada mereka.

Bahasa: Thailand
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 18 Mei 2017
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 12 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Pradanai Nateprasertkul, Sirapakorn Sereedonprasert, Panjai Sirisuwan, Wanlop Saengjoy, Jeerapan Pachrkaw
Pengarah: Chayan Ittijatuporn
Format: 2D





Review Geng Kaki Wayang H.Starz:

Tengok filem ni teringat terus dengan filem Demonic. Kisah remaja nak record adanya 'entiti' kat rumah angker. Cumanya dalam filem ini watak utamanya hanya dua orang sahaja. Ini filem terpendek yang kami penah tonton dengan harga tiket penuh macam tengok filem berdurasi 2 jam 16 minit. Rasa macam tak berbaloi pulak.

Banyak persoalan dan 'punca' kematian watak 'hantu' dalam cerita ni tidak berjawab dengan jelas. Pada awal cerita ada dimaklumkan tentang filem ini yang diambil dari kisah benar selepas visual rakaman kerasukan manusia puluhan tahun yang lalu. Agak keliru sebenarnya apa kaitan video pada awal cerita dengan cerita ini. Mungkin itu sejarah bomoh yang ada di dalam cerita ini kut? Bomoh tu munvul tak sampai 2 minit pun. Hahahaha...

Sudahlah filem ini berdurasi 1 jam 12 minit, plotnya pula terlalu lambat untuk sampai ke babak-babak yang buat penonton merinding. Sepatutnya babak perbualan tak pentig perlu di-cut terus. Kami ingatkan filem ni tak sampai sejam setengah, jalan ceritanya terus disajikan dengan keseraman yang berganda-gada dari minit-minit awal hingga ke akhir. Ternyata tebakan kami tidak mengena.

Babak-babak berdebar, suspens dan terkejut hanya berlaku di hujung cerita sahaja selepas salah seorang dari mereka berdua telah kerasukan. Jika anda inginkan filem seram yang nampak hantu yang ngeri dan sebagainya, tiada di dalam filem ini. Hantu dalam cerita ni wajahnya macam nampak tak nampak aje. Kami lebih banyak takut sebab terkejut dan bukan sebab seram. Dan endingnya... agak krik.. krik.. bagi kami.


Penilaian mengikut kategori:

Aksi: ☆☆☆☆☆
Seram: ★☆☆☆☆
Terkejut: ★★✭✰✰
Sinematografi: ★✩✩✩✩
Pelakon: ★★✮☆☆
Kesan Khas: ✭☆☆☆☆
KESELURUHAN: ★★✭☆☆

Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan