Berita baik untuk pengemar atau peminat produk kosmetik daripada Peripera. Bulan lepas produk terbaru mereka mula masuk pasaran Malaysia! Seperti sedia maklum, Peripera memang terkenal dengan produk Lip Tint dan Ink mereka. Kali ini, mereka mengeluarkan Lip Ink versi baru yang diberi nama Airy Ink Velvet selepas mereka mengeluarkan Lip Ink Velvet tahun lalu.
Bagi H.Starz, Airy Ink Velvet ni lebih okey berbanding Ink Velvet sebelum ini yang sangat tidak selesa bila dipakai. Mungkin disebabkan takstur Ink Velvet sebelum ini agak pekat dan ada bahan yang tak sesuai, membuatkan bibir terasa terlalu kering dan pedih selepas menggunakannya selain memiliki bau dan rasa yang amat tidak menyenangkan.
Tapi, untuk Airy Ink Velvet ini, mereka telah mencipta fomula baru dengan mencairkan sedikit pigment atau takstur lip ink mereka supaya lebih lembut dan lebih krim. Sungguh pun begitu, Airy Ink Velvet ini tetap tidak boleh lawan Peri's Ink mereka versi paling awal. Bagi yang memiliki kulit kering, Lip Ink jenis Velvet dari Peripera ini tidak sesuai untuk anda kerana ia akan memberi kesan kering pada bibir anda dan yang mana ada masalah bibir kering dan mengelupas, produk ini akan lebih mencacatkan solekan anda. Pada yang memiliki bibir lembab, siri velvet dari Peripera ini sesuai untuk anda.
Tahap long lastingnya pula, bagi team H.Starz, boleh dipuji. Kekal lama jika tidak makan makanan berat dan berminyak. Kalau nak lip tint atau ink yang kekal selamanya, sila cat terus bibir anda. Airy Ink Velvet ini buat masa ini baru sahaja masuk pasaran online, belum masuk kedai. Jadi, kalau nak beli produk ni rajin-rajinkanlah diri search kat web jualan online ya?
Peripera mengeluarkan lima jenis warna untuk Airy Ink Velvet kali ini. Heart Grapefruit, Pretty Orange Pink, Red, Beautiful Coral Pink dan Light Rose.
Peripera mengeluarkan lima jenis warna untuk Airy Ink Velvet kali ini. Heart Grapefruit, Pretty Orange Pink, Red, Beautiful Coral Pink dan Light Rose.
Penilaian Produk ini dari H.Starz Crew: ★★★☆☆
0 comments:
Catat Ulasan