COCO (Review)


Coco
Seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Miguel datang dari sebuah keluarga besar di pendalaman Mexico. Dia telah menemui misteri berkurun lamanya pada malam Dia de los Muertos atau Hari Kematian. Penemuan itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Genre: Animasi
Durasi: 2 Jam 7 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Gael Garcia Bernal, Anthony Gonzalez, Benjamin Bratt, Renée Victor
Pengarah: Lee Unkrich
Format: 2D, 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX



ULASAN GENG KAKI WAYANG H. STARZ

Pada kami, filem ni menarik. Elemen kekeluargaan sangat kuat dalam filem ini sehinggakan waktu tayangan yang melebih sejam setengah tidak terasa. Kisah seorang budak yang terlalu sukakan dunia muzik tapi di halang oleh keluarganya hanya kerana sejarah silam. Disebabkan nenek moyang dia orang pernah ditinggalkan oleh pemuzik, seluruh keturunan dia tak suka muzik. Sampaikan dengar muzik pun tak boleh.

Namun, agak aneh juga kerana filem ini untuk tontonan umum sedangkan kisah ini kisah tentang dunia roh dari kepercayaan sesetengah agama atau kaum. Mana kanak-kanak Islam tu harap-harap ibu bapa mereka bimbing. Kang memasing percaya alam roh tu macam dalam cerita ni. Terpesong pulak. Mungkin disebabkan ini animasi, sebab tu Finas lepaskan kut? Kalau filem Melayu buat cerita-cerita macam ni mesti dah kena tapis atau banned.

Babak kelakar dan suspens seimbang. Yang bestnya citer ni ada twist di hujung cerita. Best! Tak nak bagi tahu apa twistnya, nnt spoilkan mood korang yang belum tengok pulak.

Penilaian Keseluruhan: ★★★✭☆









Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan