Alien: Covenant [Review]


Alien: Covenant

Kru kapal koloni Covenant dalam pencarian planet terpencil yang jauh dari galaksi. Apabila mereka tiba di sana, tempat itu kelihatan seperti tidak pernah diterokai tetapi sebenarnya ia adalah tempat yang berbahaya, dan hanya diduduki oleh David yang terselamat daripada malapetaka ekspedisi Prometheus sebelum ini.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 10 Mei 2017
Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains / Ngeri
Durasi: 2 Jam 3 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Michael Fassbender, Katherine Waterston, Billy Crudup, Danny McBride, James Franco, Carmen Ejogo, Guy Pearce, Noomi Rapace
Pengarah: Ridley Scott
Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX


Ulasan ringkas Geng Kaki Wayang H.Starz Crew:

Ini filem Alien yang dibarukan. Kiranya remake baliklah versi lama kepada versi baru yang lebih segar dan canggih teknologi visualnya. Dunia dah ke era CGI, kan? Kenalah gunakan teknologi yang ada mengikut peredaran zaman.

Sudah pasti lebih menarik dan gempak versi yang baru berbanding yang lama. Semua kesan khas yang ada di dalam filem ini memang terbaik. Jalan cerita walaupun agak lambat tapi mengundang 'detik-destik cemas' atau suspens yang agak menjadi.

Walaupun ada beberapa kali menguap, namun kami di Geng Kaki Wayang H.Starz tetap teruja nak tahu apa yang berlaku untuk babak yang seterusnya. Apa yang mengecewakan beberapa Geng Kaki Wayang kami adalah, bila palakon yang dianggap hot dan helok, mati di awal cerita. Babak pelakon tu berdialog hanya dalam video rakaman tengah daki gunung. 

Why?? Why watak yang boleh dikatakan sumber untuk tarik penonton dimatikan di awal cerita? Sedikit menghampakan. Jadi, yang tinggal hanyalah pelakon-pelakon biasa dan serabai dengan segala janggut dan jambang.

Mungkin ada yang marah komen kami tentang pelakon tu. Tapi itulah hakikatnya. Penonton lebih memilih menonton pelakon yang elok dari tak elok, kan? Kalau pelakon elok, cerita yang sendu pun boleh jadi tak berapa nak sendu. Takderlah rasa pelaburan yang sia-sia. Tak gitu?

Apa-apa pun, pada peminat filem Alien sebelum ini, anda perlu tengok versi yang lebih segar ini.


Penilaian Geng Kaki Novel H.Starz:

Aksi: ★★✭☆☆
Sinematografi: ★★★☆☆
CGI: ★★★★☆
Plot: ★★✭☆☆
Pelakon: ★★☆☆☆
KESELURUHAN: ★★★☆☆

Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan