Album SIMETRISITI untuk cover eksklusif habis dijual dalam tempoh dua jam di LAZADA!


5 MEI 2017 - Penangan album ke - 16 penyanyi yang masih kekal menjadi penyanyi nombor satu Malaysia sungguh luar biasa pagi ini. Seawal 9.15 pagi (lebih kurang), pihak Universal Music Malaysia selaku penerbit bersama untuk album solo penuh Dato' Siti Nurhaliza yang diberi judul SIMETRISITI membuka pesanan, dalam tempoh dua jam, album tersebut sudah HABIS DIJUAL! 

Kenapa sekejap sangat? Adakah album ini limited edition atau edisi terhad? Jawapannya adalah tidak. Yang sold out tu hanyalah album untuk kulit album eksklusif seperti di atas. Khabarnya pihak Universal Music Malaysia akan mengeluarkan cover eksklusif itu hanya 300 salinan sahaja beserta free gift 3 keping poskad untuk setiap unit. Jadi, dalam tempoh dua jam, album versi kover eksklusif itu sudah habis dijual secara pra-pesanan di laman web Lazada! Dan, produk untuk kaver eksklusif itu juga sudah dipadamkan oleh pihak Universal Music Malaysia dua jeam kemudian dan digantikan dengan album kover rasmi.

Kepada Siti Zoner yang tak dapat miliki album SIMETRISITI versi kover eksklusif tu janganlah berdukacita. Anggaplah tak ada rezeki. Bagaimana dengan kami di H.Starz? Sempat ke tak beli yang cover eksklusif tu? Jawapannya... haruslah sempat! Kami di H.Starz beli kedua-dua kover album ini tanda sokongan untuk Penyanyi Nombor #1 negara ini.

Anda masih boleh order album ini dengan kover rasminya di sini. Untuk kedua-dua album ini Universal Music Malaysia hanya membuka untuk pra-pesanan sahaja sehinggalah 9 Mei 2017 nanti. Item hanya akan dipos selepas 10 Mei 2017. Memandangkan 10 Mei 2017 merupakan cuti umum bersempena Hari Wesak, jadi mereka berkemungkinan akan mula pos CD korang bermula 11 Mei 2017. 

Tahniah kami ucapakan kepada Dato' Siti Nurhaliza atas kelahiran album penuh solo terbarunya yang diberi judul SIMETRISITI. Semoga album solo yang ke 16 ini mendapat sambutan hangat dan peroleh banyak anugerah.



Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan