Album SIMETRISITI dari DATO' SITI NURHALIZA



Album terbaru Dato' Siti Nurhaliza berjudul SIMETRISITI bakal berada di pasaran bermula 10 Mei 2017. Album penuh solo ke 16 beliau akan dikeluarkan dengan dua cover berbeza. Walau bagaimana pun, cover eksklusif (gambar kedua) hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad sahaja melalui pembelian online. Khabarnya hanya 300 salinan sahaja untuk edisi cover eksklusif tu. Mula dijual di laman web Lazada bermula 5 Mei sehingga 9 Mei 2017.

Jadi, kepada Siti Zoners, boleh terjah laman web Lazada untuk beli album ini dengan cover eksklusif sebelum terlambat! Buat masa ini, satu lagu dari album ini yang berjudul Segala Perasaan sudah mula beredar secara digital di iTune, Spotify dan lain-lain.

Menampilkan 10 buah lagu baru ciptaan komposer dari Malaysia dan Indonesia termasuk sebuah lagu ketuhanan ciptaan Opick dari Indonesia yang berjudul Aku Bukan Malaikat. Nantikan review kami tentang album ini selepas kami memilikinya. 


Baca review kami tentang album ini di sini.


Download MP3 album SimiteriSiti Dato' Siti Nurhaliza, Download full album SimiteriSiti Dato' Siti Nurhaliza, Dengar Online album SimiteriSiti Dato' Siti Nurhaliza, MP3 album SimiteriSiti Dato' Siti Nurhaliza,
Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan